SANDWICH TELUR LAGI - Alam Sari Di Tanah Jauhar

SANDWICH TELUR LAGI

 Assalamualaikum...


NAMPAKNYA suka betul Pak Inche makan Sandwich Telur. Rasanya dah tiga minggu berturut-turut, Sk buatkan sandwich telur ni untuk bersarapan hujung minggu. Rabu lepas, dia bawa balik sebungkus besar roti dan salad. Tu tak pa, dia beli jugak telur satu papan lagi padahal di rumah masih ada 25 biji telur. 


Jadi, pagi ini, Sk buatlah sandwich telur ni. Sedang sediakan sandwich, terdengar bunyi lori sampah. Dalam hati fikir, takkanlah lori sampah pulak, hari ni sabtu. Tengok kucing-kucing lari ke pintu, Sk pun jengah, betul...lori sampah lalu. Kenapa pulak lori sampah lalu hari sabtu. Bukan semalam dah datang ke? Ingat-ingat balik, oh, hari ni Jumaat 😂 Teringat juga, Pak Inche ambil cuti dua hari, khamis dan jumaat.


Iman pulak ada kelas tambahan hari ni. Pensyarah buat revision untuk subjek peperiksaan akan datang. Pun, Sk fikir, kenapa pensyarah Iman buat kelas hari sabtu 😜


Siapkan bekal Iman untuk makan dalam kelas. Jadi mak mak ni, takut sangat kalau anak lapar. Takut sangat anak tak makan. Anak pulak, tak kisah pasal makan. Dapat minum vitagen sebotol atau sekotak susu pun dah cukup. Yang jenis tak tahan lapar ni, mak dia sebenarnya, hahahaha.. hahahaha.








5 comments:

  1. Aduhai SK! Kita pun jadi pucat bila SK kata hari ni hari Sabtu. Tak de pula yang komplen kenapa buat PDPR hari Sabtu...hihihiii. Baru nak siap-siap buat laporan.

    ReplyDelete
  2. Lawo menggoda sandwich telur tu. Patutlah Pak Inche suka.

    ReplyDelete
  3. wow cantek je susunan sandwich dia hehehe ni mmg buat tambah selera lagi ni

    ReplyDelete
  4. Segak sandwich tu...
    Open order la...
    Hihihi...tapi kena harga hotel 5* la

    ReplyDelete
  5. Aalaaa SK ni.....saje je kan..dah la kita memang suka sandwich telur..ni semua la mengundang suruh buat plak ni...

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih