KUIH BULAN BUATAN TANGAN YANG SEDAP DAN HALAL DARI RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

Assalamualaikum...

BAGI meraikan sambutan Perayaan Pertengahan Musim Luruh pada 21 September yang akan datang, Wan Li Chinese Restaurant, Renaissance Johor Bahru Hotel sekali lagi tampil dengan kuih bulan yang dibakar secara tradisional dan kuih bulan 'snow skin'. Kuih tradisional cina yang terkenal ini biasanya disajikan bersama teh sambil menikmati kehadiran bulan purnama semasa musim luruh.

Walaupun masih lagi berdepan dengan pandemic Covid 19, namun itu bukan penghalang bagi kita untuk menikmati keenakan kuih tradisional ini tambahan lagi Renaissance Johor Bahru Hotel merupakan pengeluar kuih bulan halal. Sk sendiri tidak melepaskan peluang mendapatkan kuih bulan yang 100 peratus dibuat dengan kaedah yang asli tanpa penggunaan mesin sebagaimana kuih bulan yang dikeluarkan di kilang.

Dengan variasi 16 pilihan kuih bulan, sama ada dalam kulit tradisi atau 'snow' serta dua perisa baharu, anda boleh mendapatkan kuih bulan buatan tangan ini terus sahaja dari lobi utama Renaissance Johor Bahru Hotel sehingga 21 September depan.

Didatangkan bersama kotak rona violet dengan corak keemasan, kuih bulan keluaran Renaissance Johor Bahru Hotel, pastinya paling sesuai dijadikan buah tangan serta pengganti diri buat keluarga dan rakan taulan semasa pandemic ini. Ia disediakan setiap hari menggunakan ramuan asli tanpa pengawet.

Chef De Partie, Lim Pei Shi, Renaissance Johor Bahru Hotel telah memperkenalkan kuih bulan tradisi yang menggunakan resepi asli serta dibakar secara tradisi. Antara perisa tradisi yang anda boleh dapati adalah Pure Lotus Paste (Biji Teratai), Lotus Paste with Single Yolk, Lotus Paste with Double Yolk, Green Tea Paste with Single Yolk , Jade Custart, Assorted Fruits and Nuts dan Red Bean Paste (Kacang Merah).



Bagi anda yang bercitarasa lebih moden, tentunya kuih bulan dengan kulit salji (ala mochi) ini boleh dijadikan pilihan istimewa untuk dihadiahkan kepada yang tersayang. Dua perisa baharu diperkenalkan iaitu Golden Peach Truffle dan Blueberry Truffle yang diperbuat dari buah peach dan blueberry, menjadikan intinya lebih harum dengan tekstur yang sangat halus memikat. Perisa lain yang terdapat dalam pilihan 'snow skin' adalah Strawberry Truffle, Orange Truffle, Matcha Truffle, Chocolate Crunchy Pearl, Taro Paste Truffle dan Peppermint Chocolate Truffle. Pastinya tidak dilupakan, All-Time Favourite, tentunya Durian Truffle.




Semuanya ini boleh didapati di lobi utama Renaissance Johor Bahru Hotel,  bermula sekarang sehingga 21 September 2021 yang dipersembahkan dalam kotak rona violet yang sungguh elegan. Anda juga diberikan tawaran harga istimewa dengan pembelian lapan unit kuih bulan 'snow skin' atau empat unit kuih bulan tradisi dengan harga RM108 sahaja (bersih). Bagi kuih bulan perisa Durian Truffle, hanya RM148 (bersih) yang mengandungi lapan unit kuih bulan 'snow skin'.

Dibuat dengan menggunakan hanya ramuan terbaik tanpa bahan pengawet, siri Kuih Bulan Renaissance Johor Bahru Hotel pasti menggembirakan anda dan menjadikan musim ini benar-benar bermakna

Nikmati potongan harga untuk pembelian kuih bulan dengan satu resit :

Discount Diskaun 10% untuk pembelian 𝗘𝗔𝗥𝗟𝗬 𝗕𝗜𝗥𝗗 dari 5 Ogos hingga 31 Ogos 2021

Discount Diskaun 15% untuk pembelian melebihi 25 kotak

Discount Diskaun 25% untuk pembelian melebihi 100 kotak

Discount Diskaun 15% untuk Club Renaissance Johor Bahru

Discount Diskaun sehingga 20% untuk Ahli Marriott Bonvoy

Untuk sebarang pra-pesanan dan maklumat lanjut, sila hubungi +6073813333
dari jam 11 pagi hingga 8 malam.

PENGHANTARAN PERCUMA dalam TUJUH hari bekerja untuk semua negeri kecuali Sabah dan Sarawak jika membuat pesanan melalui
Perniagaan WhatsApp di
https://wa.me/c/60127719056

Kuih Bulan buatan tangan Renaissance Johor Bahru Hotel juga terdapat di platform Shopee, Lazada
dan TableApp

dan daftar untuk kemas kini eksklusif dan tawaran istimewa untuk mengetahui lebih lanjut.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Menariknya.. ada R di tgh2 ye.. lama x mkn kuih bulan

    ReplyDelete
  2. Klasik cetakan kayu tu macam cetakan putu kacang & putu beras.Saya suka.ja kuih bulan ni tapi taknak yang ada egg yolk sebab bau telur dia kuat.Harga boleh tahan no...hihihi

    ReplyDelete
  3. Sedap ke kuih bulan ni? Tak pernah mencuba lagi

    ReplyDelete
  4. SA suka kuih bulan...memang akan cari...selalu suka yang perisa keladi tu

    ReplyDelete
  5. Nampak sedappp . sukanyaaaa tengok semua perisa tuu.. Huhu

    ReplyDelete
  6. Kita pun dah beli gak hehehehe.. tapi Kita belum makan habis lagi Kak, makan seketul-seketul, tu yang belum potong semua hahahaha.. sayang.. tapi snow skin kita dah tinggal 3 ketul hehehe..semua sedap...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!