ADA HANTU - Alam Sari Di Tanah Jauhar

ADA HANTU

Assalamualaikum...

LAMA tak layan dan buat review filem 😍 Siapa yang biasa ikut review filem Sk, tentu tahu, Sk amat gemarkan filem thriller, aksi dan seram. Sk suka juga filem komedi romantik dan komedi seram asalkan bukan filem yang membodoh-bodohkan atau menggunakan ayat-ayat lucah atau body shaming bagi membuatkan penonton merasa lucu.


Filem Ada Hantu yang baru sahaja ditayangkan Disney+ Hotstar, tengok poster biasa-biasa tapi ceritanya agak luar biasa seramnya. Hahaha.. lama tak tengok filem hantu, filem ini sedikit mendebarkan.


Ia mengisahkan tentang Alif, seorang youtuber yang gemar memuat naik content seram dalam akaunnya. Bagaimanapun, Aliff suka bercakap besar tentang kewujudan hantu. Aliff telah dicabar oleh pengikut untuk mencari hantu yang sebenar. Alif dicadangkan untuk berbuat demikian oleh Bariah, di sebuah banglo tinggal yang terdapat di kampung Bariah. Demi menyahut cabaran rakan-rakan yang lain, Aliff bersetuju pergi ke banglo tersebut yang diceritakan pernah berlaku pembunuhan melibatkan askar Jepun yang kebetulan pada ulangtahun kelahirannya.

Ternyata, ulangtahun kelahiran Aliff kali ini benar-benar menjadi sambutan hari lahir yang tak akan dapat dilupakannya apabila ditimpa kejadian seram semasa bermalam di rumah tersebut. Bermula dari tepukan tangannya yang disahut satu tepukan tangan misteri, satu demi satu kejadian berlaku sehingga satu malapetaka menimpa. 

Apakah yang berlaku kepada Aliff? 
Apa yang terjadi kepada rakannya yang lain?
Apakah sebenarnya rahsia di sebalik semua yang berlaku, anda kenalah menonton sendiri.

Suka tengok lakonan semua pelakon dalam filem ini walaupun penggunaan ayat budak-budak zaman sekarang. Yang penting, ia bukan filem seram yang gelap gelita. 

Sk bagi 8/10
😍😍😍


4 comments:

  1. Belum berani....
    Takut nyesal tak.leh tidur...hihihi
    Penakuttt

    ReplyDelete
  2. CrownQQ Agen DominoQQ BandarQ dan Domino99 Online Terbesar

    Yuk Buruan ikutan bermain di website CrownQQ
    Sekarang CROWNQQ Memiliki Game terbaru Dan Ternama loh...

    11 permainan :
    => Poker
    => Bandar Poker
    => Domino99
    => BandarQ
    => AduQ
    => Sakong
    => Capsa Susun
    => Bandar 66
    => Perang Baccarat
    => Perang Dadu
    => BDQQ

    Keunggulan bermain di CrownQQ :
    => Bonus Refferal 20%
    => Bonus Turn Over 0,5%
    => Minimal Depo 20.000
    => Minimal WD 20.000
    => 100% Member Asli
    => Pelayanan DP & WD 24 jam
    => Livechat Kami 24 Jam Online
    => Bisa Dimainkan Di Hp Android
    => Di Layani Dengan 5 Bank Terbaik
    => 1 User ID 11 Permainan Menarik
    => Menyediakan deposit Via Pulsa

    Link Resmi CrownQQ:
    - BETCROWNQQ.ORG

    Info Lebih lanjut Kunjungi :
    Website : DominoQQ Online
    Daftar CrownQQ : Poker Online
    Info CrownQQ : Kontakk
    Linktree : Agen Poker Online

    WHATSAPP : +6287771354805
    Line : csbella1
    Telegeram : +85567903446
    Facebook : CrownQQ Official
    Kemenangan CrownQQ : Agen BandarQ

    ReplyDelete
  3. SA x tengok plak citer ni..tapi baca sinopsis macam best je

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih