SARAPAN DI WARUNG SAGA

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum...

HANCUR harapan Iman apabila cuti sempena perayaan Thaipusam hari ini dibatalkan. Dia dah berangan nak jalan-jalan dan makan-makan. Ahhh.. selamat duhet bonda.. hahahahaha.

Pak Inche ajak Sk mengikut hantar Iman. Lepas tu kita pergi sarapan. Haaa.. kalau bab sarapan di luar, memang Sk tak daya la nak menolak 😅

Pada mulanya, dia ajak sarapan di Warung Nasi Lemak MB. Tiberrrr dia menukar arah pulak, nak makan di Ashoka. Sk terus bebel la.. hari tu dah komplen itu tak kena, ini tak kena. Pak Inche terus susur ke kiri menghala ke Jalan Mahmoodiah, Sk terus teringat Warung Saga.




Dua tiga kali juga Sk pernah sampai ke sini, tapi, sampai aje la.. makan tak dapat. Sama ada makanan dah habis atau warung dah tutup. Kali ini berjaya jugaklah nak makan di sini walaupun tanpa dirancang.


Masuk-masuk aje, Pak Inche terus ambil bungkusan Nasi Lemak yang disusun bersama makanan lain di sudut kiri warung. Selain nasi lemak, ada juga nasi ambeng dan pelbagai kuih-muih. Rambang pulak mata dibuatnya.


Tak tahulah apakebenda ni, tertarik pulak Sk menengoknya, hahahah. Nampak macam sosej yang dibalut dengan roti yang digelek nipis. 


Ada Mee Siam Singapore atau Mee Siam Kuah. Pak Inche minta semangkuk. Lepas menghabiskan sebungkus nasi lemak, terus menyudu Mee Siam Kuah. Lepas tu dia kata kuah tak rasa apa. Sk cakap, sebenarnya dia dah kenyang makan nasi lemak.


Masa Pak Inche nak ajak makan di Warung NLMB tadi, Sk dah berangan nak makan Lontong. Jadi, di WS ni, Sk pesanlah Lontong. Hilang kata-kata bila mangkuk lontong diletakkan ke meja melihat rupa kuahnya yang cair-bair macam sayur masak air. Tapi, omputeh kata, 'don't judge a book by it's cover.'


Rupa-rupanya, bukan nampak aje cair-bair, memang cair dan kedekut bahan. Ni bukan mengata makanan ya, tapi komplen tukang masaknya, nampak tak ikhlas langsung memasak. Pak Inche pulak dah tolak mangkuk Mee Siam Kuah. Sk rasa sesudu, dua sudu.. hurmmm.. memang tak ada rasa, tawaq habiaq, ceroi! 

Dah nak sampai rumah, Pak Inche kata, tak puas sarapan hari ni. Ialah, makanan tak sedap, indah khabar dari rupa. 






Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. seronoknyaa tengok gambar2 yang bergantungan!

    ReplyDelete
  2. Lama x makan situ.. Aritu gi jb ttp plak warung ni

    ReplyDelete
  3. Wah! Deco diningnya penuh sejarah!

    ReplyDelete
  4. Ala, frustnya bila yang sampai tak seperti yg kita jangka :(
    Tapi, dalam gambar nampak sedap mee rebus siam tu...

    ReplyDelete
  5. Nampak la cayaq ceghoi kuah lontong tu..🤭
    Nama warung Saga tapi kenapa depannya kereta wira🤣

    ReplyDelete
  6. Kita lama dah tak makan sini, bertahun daa.. tapi memang ramai komplen kak.. huhuhu

    ReplyDelete
  7. nak ke JB raya cina nanti..baru ingat nak singgah kedai2 yg SK promote...so..ni kensel laa

    ReplyDelete
  8. Sayangnya kalau kedekut bahan masakan. Elok-elok resipi tu sedap, jadi tak sedap pula.

    ReplyDelete
  9. warungnya nampak gah..tapi rasanya tak power la pula...

    ReplyDelete
  10. Selalunya macma tu la..bila kita semanagat nak sarapan best2..sekali indah khabar dari rupa...failed

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!