Assalamualaikum...
MASA hantar makan tengahari semalam ke Pusat Kuarantin Sementara Ibu dan Ilham, Sk berjanji untuk membelikan sarapan lontong hari ini. Takkanlah tiap pagi sarapan roti jer, nanti bosan pulak walaupun memang tiap hari sebelum ni pun kalau ditanya sarapan apa, jawapannya roti.
Jadi, Sk ke Gerai Tepi Masjid pagi ni. Iman pesan, nak Soto Nasi, tapi dah habis pulak padahal masa tu baru jam 8.30. Jadi, Sk beli empat lontong dan dua set kuih lapis pelangi, buat asing-asing bungkus. Terus hantar ke pusat kuarantin 😆
Sampai rumah, ngadap kerja office dulu. Cadangnya nak siapkan tengah malam tadi tapi tetiba hujan dan ribut petir pulak memanco-manco. Tak berani nak hidupkan laptop dan internet pun terpaksa dimatikan. Alhamdulillah, semua kerja yang mustahak dah dihantar tinggal yang memerlukan cetakan saja kena tunggu masuk pejabat. Rasanya sepanjang ibu kuarantin ni, Sk pun kena kuarantin kendiri sebab banyak kali jumpa ibu dan Ilham menguruskan keperluan mereka. Dalam pada tu memang sentiasa jaga SOP. Kalau tak penting, Sk cuma hantar luar pagar jer. Kalau kita hidup seorang, tak apa, nak duduk sekali pun boleh. Tapi kena fikir, kita ada suami.. suami pulak nak pergi kerja dan urusan lain. Ada anak lagi yang mungkin merisikokan kesihatan anak. Anak pulak minggu depan dah kena berdepan dengan dunia luar sebab dah mula intern. Banyak nak kena fikir, tak boleh pentingkan diri sahaja.
Oh, cepatlah endemik!!
Sedap tu lontong, dah lama tak makan. Semoga cepat sembuh. Sk juga jaga diri ya :)
ReplyDeleteMudah2an takda apa yg memudaratkan pada ibu dan Ilham
ReplyDeleteJaga diri ya Sk. Kita usahakan mana yang terbaik.
ReplyDeleteSedapnya lontong..dah lama tak melontong..
ReplyDeleteBenar..menguruskan pesakit Covid ada cabarannya..Semoga dimudahkan urusan untuk SK dan juga Iman yang akan mula intern..Gud luck Iman
iman dh nk intern ke? wahh... good luck.. semoga dipermudahkan urusan akak sekeluarga ye
ReplyDeletemoga dipermudahkan semua urusan
ReplyDeleteWkmsalam
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan semuanya