BUKAN CALANG-CALANG SAMBAL UDANG PETAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
1 minute read
9

Assalamualaikum...

SALAH satu tujuan ke Pontian hari tu, selain memancing membeli ikan, kami rindu sangat nak makan udang Pontian. Tapi, kebanyakan udang yang dijual macam tak berapa segar. Tak menggiurkan. Tak mengancam. Tapi, sebab nak sangat makan dan tak nak datang sia-sia, Sk pilih jugaklah beberapa ekor, buat lepas gian 🤭


Pak Inche kata, wajib letak petai sebab dah lama tak makan Sambal Udang ada petai. Jadi, balik kerja tadi, singgah pasaraya Hosey, beli petai. Sebungkus tu, Sk masukkan semuanya. Malas nak simpan-simpan. Nanti sekali suap, terus masuk dua biji petai sekali. Harummmm baunya 
😜😜😜


Petai asal Indonesia ya mbak. 1 peket RM8 bila digenapkan. Orang yang M besar macam Sk ni, memang tak beli petai papan. Dia punya malesss tu, masuk terus sebiji-sebiji. Ada orang takut ada ulat dalam petai tapi bagi Sk pulak, kalau tak nampak tak apa 😆😆😆 bukan najis pun. Lagipun ulat petai comel apa 🤭


Dah tutup api. Sejak berehat bekerja dari rumah ni, boleh masak awal sikit. Kalau dulu, berkejar dengan maghrib, sekarang boleh leha-leha.. orang sekarang punya istilah la. Mana datang leha pun tak tahulah. Teringat pulak kursus bahasa yang Sk hadiri secara dalam talian baru-baru ni. Menurut penceramah yang merupakan seorang guru, dia pelik mana datang perkataan kaling-kaling, yang tak wujud dalam kamus dewan bahasa dan pustaka. Kalau perkataan, 'calang-calang' tu memang ada. Jauh beno bunyinya kaling-kaling dengan calang-calang.. hahahaha.. hahahaha.

Sabar ajelahhhh
😂






Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wahh sambal udang petai tu memey marbeles., tapi tulah kalo terkentut mmg semerbak baunya., khannnns ;p

    ReplyDelete
  2. Wow petai import hihi...
    Orang sekarang pandai cipta macam-macam istilah :)

    ReplyDelete
  3. Amboii gemuk2nya udang.. mesti manis isinya..

    ReplyDelete
  4. Allahu... tengahari tadi dah kopek isi petai. Nak masak sambal udang dengan petai. Akhirnya udang ke mana, petai jadi ulam saja!

    ReplyDelete
  5. SA ada beli udang harimau besar2 terus rasa nak buat sambal udang petai...nak suruh pak zain cari petai la...SA x makan petai tp nak bau dia je

    ReplyDelete
  6. sedapnya sambal udang petai.
    murah petai tu, sini sepaket rm16-17..

    ReplyDelete
  7. Bukan kaleng kaleng punya sambal udang petai
    Nasib baik wak tak makan petai

    ReplyDelete
  8. Kita pun dah lama tak beli petai..Rindu pula nampak petai SK ni...Ulat dalam buah tak apa kan...🤭

    ReplyDelete
  9. Leha-leha tu istilah dialek Perak. Saya anak Perak.Biasa dengar org tua-tua yg sebut. Tak tau pulak org skrg pakai.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!