ASAM PEDAS IKAN MERAH, SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API DAN SAMBAL KERANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
14

Assalamualaikum...


GILIRAN orang Johor pulak memasak mengikut selera Johor. Kalau semalam layan tekak anak mami mamak, hari ni kena tunduk kepada kuasa veto tukang masak. Berbaki tiga keping ikan merah yang dibeli di Pendas, hari ini Sk menggulai asam pedas. Kuah asam pedas Sk kali ni sedapnya lain macam sampai orang Kedah pun nampak seronok timba kuah 😜


Untuk PI, tentunya ada ikan goreng. Ikannya dah nak makan baru digoreng. Nak makan panas-panas tapi tau plak melocot jari mencubit ikan. Apa yang Sk tahu, dari arwah bapak mertua, memang nak makan ikan goreng panas-panas. Kita layankan aje 😍


Semalam goreng sayur kubis stail mamak, hari ni goreng letak sos tiram aje. Beli kubis siap dipotong suku bahagian, semalam masak separuh, hari ni masak separuh...Alhamdulillah, dah wassalammm 🤭


Dekat pejabat PI, ada warung lauk-pauk yang dibuka setiap petang hingga malam. Memang dah beberapa kali jugaklah bungkus nasi dan lauk di sini dan jaranglah mengecewakan. Di plastik bungkusan ada tertulis dengan marker angka 9. Agaknya RM9 la tu. Kerang memang mahal kan. Ni ceduk sendiri, kata PI. Yang tukang cedok pun kemahen agaknya menyenduk sambil telan-telan ailio 🤭. 


Siput Sedut Masak Lemak Cili Api. Dah siap pek dalam tipuware. Bagusnya ada sekeping alas plastik diletak atas tipuware ni sebelum ditutup dengan penutup sebenar dan diikat pulak dengan getah. Memang tak meleleh keluar la kuah lemak tu. Satu bekas ni RM15. 


Disertakan sebungkus nasi berbentuk ❤️, ulam timun, sambal belacan dan ikan bulu ayam kering dengan setiap pembelian siput sedut tu. Semua licin lauk kami malam ni kecuali Sambal Kerang. Nanti Sabtu bolehlah buat nasi lemak makan dengan baki sambal kerang tu 😆

Post a Comment

14Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Amboi...sedapnya tengok menu SK hari ni.. yum...yum...

    ReplyDelete
  2. SK sebut nasi lemak tiba-tiba teringin makan. Dah berkira-kira nak masak tapi asyik tak jadi. Itu tak adalah, ini tak adalah. Nanti makankan nasi lemak untuk Kak Ameie sikit ye hehehehee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jadilah Kak Amie, nak buat NL. Pagi ni Pak Inche dah bawa sambal kerangnya ke office, nak sarapan nasi lemak sambal kerang. Dia lagi gedebance rupanya 😆

      Delete
  3. kobis sedap! tp sy xleh mkn byk.. huhuu..

    sedapnya asam pedas lahaiiii kuah tuuuu menggoda betol..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada orang kalah dgn kubis, kan. Asam pedas tu memang dap dap 😅

      Delete
  4. Semua lauk-lauk yang menyelerakan.. Ikan goreng tu pun sangat sedap..

    ReplyDelete
  5. Saya pilih asam pedas....
    Mostly orang-orang lama belah Kedah memang wajib ada ikan goreng panas-panas tu tiap kali makan nasi.Paling tak pun...kena ada ikan masin.Mak saya pun macam tu.Spesis PI...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh.. selera selatan la ya. Agaknya lama sangat tinggalkan Kedah tu. Kalau mak mertua sy tak makan asam pedas.

      Delete
  6. kuasa tukang masak lagi veto dari kuasa si tukang beli beras. kalau SK tak masak aje gile lapo

    ReplyDelete
  7. Turn selera johor pulak ye. So sedap siput sedut. Senang beli dah masak gitu. Tak leceh nak potong. Bagus idea letak alas plastik elakkan tumpah.

    ReplyDelete
  8. Sedapnya masak lemak siput sedut . Memang feveret la

    ReplyDelete
  9. Eh eh..menduga iman la tgok siput sedut tu...rasa nak cari siput sedut la..eh...esok x leh plak sebab Pasar Besar tutup...erm...postpone dulu laa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!