SIZZLING MEE TAK SEDAP TAPAU

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

Assalamualaikum...

MASA makan petang semalam, Pak Inche kata, nanti lepas makan, kita pergi beli beras. Beliau ni, memang pantang la nampak beras susut, minyak susun, sabun susut, jam jam tu jugak dia nak pergi beli. Pergi berbelanja barang dapur ni memang satu terapi la untuk dia. Kita ni, balik kena berkemas pulak. Sk pulak, walaupun semalam kata nak lek lek jer, sebenarnya mengerjakan langsir yang terkeluar dari cincinnya. Pasal apa lagi, kalau bukan budak-budak ni memanjat. Main kejar-kejar lepas tu panjat langsir macam tarzan. Jadi, Sk kata, hari lain la beli beras, sebab dah penat betulkan langsir.

Dah pukul 5 lebih, cakap dengan PI, jom la keluar cari makanan untuk dinner. Laju-laju dia bangkit. Suka nau nau diajak keluar. Cakap dengan dia, cari makanan jer tau. Jangan meraban-raban pulak. Aishhh.. diajak jugak pergi aeon Taman U tu beli beras. Tu la yang Sk terus beli kek di Secret Recipe tu 😍


Memang dari keluar rumah tu, PI kata, nak beli Sizzling Mee untuk makan malam. Kedai Hot Plate ni terletak berhampiran dengan Aeon. Jadi, tapau la Sizzling Mee, kat situ ada Bubur Nasi Berlauk, tapau untuk Iman. Lepas mandi apa semua sekali, barulah hidangkan Sizzling Mee. Yee Mee kan, mestilah keras. Kuah mee tu pun sejuk dah. Memang tak sesuai la makanan hot plate ni ditapau. Sk cuba sesudu, sejuk selap. Terus masuk dalam kuali panaskan. Tapi memang tak samalah rasanya dengan makan di kedai. Kuning telur tu kan tak keras, dah keruh pulak kuah mee tu.. hurmmm.

Bukan salah kedai, tapi pengajarannya mee ni memang tak sesuai untuk ditapau, huhu. Sila cuba lagi di lain kali, okay 😆




Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Saya pernah gak tapau mee sizzling ni tapi memang lain la rasa dia bila makan kat rumah. Memang sedap makan fresh dekat foodcourt mall gituu la hahaha

    ReplyDelete
  2. Haah betul. Sizzling ni sedap makan masa beli tu jugak. kalau tapau memang lain lah. Kecuali ada hot pan tu dkt rumah mungkin okay kot...

    ReplyDelete
  3. haa setuju2! mmg xsesuai utk ditapau.. lain rsnya dgn yg bru masak kat kedai.. hihi

    ReplyDelete
  4. Kan kak? Sy pn teringat sizzling mee hari ni tp menu ni kena dine in jugak br sedap

    ReplyDelete
  5. Kan...Tak semua makanan sesuai tapaw sebab tak sama macam dine in ..Takpa la sekurang2nya dah tau lain kali nak makan mee sizling kena dine in juga baru syok

    ReplyDelete
  6. Betul tu SK. Teringat beberapa tahun dulu balik Malaya. Pergi Kuala Selangor, makan berdua mee sizling dgn Encik Suami. Sedap! Jadi tapau sizling 4 atau 5 bungkus gitu. Sampai rumah lain rasanya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!