OH DORO NO

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

Assalamualaikum...

ALA.. sesekali jer sarapan kayangan, awangan selalu.. 😆

Jadi, lepas sarapan tadi, kami ke Midvalley, Southkey. Tengok kat BBW ada sale beli dua percuma satu, tapi tak ambil yang tu la.. masih mahal lagi. Ada lagi murah, seketul RM29, cakap dengan Iman, boleh pilih satu je. Iman pilih Cucumber Melon dan Velvet Sugar tu Sk, manis betul baunya. Hand sanitizer, beli dua percuma dua, dan beli la jugak seketul sabun tangan sebab yang kat rumah tinggal setengah botol. Best cuci tangan hilang terus bau belacan 😜 Tiga bulan jugak rupanya bertahan tak ke BBW, semua dah tinggal setengah dan mujur Sk ada simpan stok yang belum buka. Sepanjang pandemik ni bukan saja Cili Kisar cepat habis, sabun mandi, sabun tangan, hand sanitizer, topeng muka, malah odorono pun cepat habis sebab mandi 14 kali sehari (tipu) 😅😅😅 

Lepas tu pergi Popular nak carikan majalah wanita untuk ibu, kan.  Dah tak ada jual laaaa.. yang ada...






Tak tido malam la ibu kalau baca majalah-majalah ni.. hahahaha.. hahahaha. Pusing masuk bandar, cari kedai suratkhabar, tapi tak jumpa jalan sebab banyak jalan ditutup dan banyak jalan sehala. Nanti la, pinjam majalah kat perpustakaan kolej je. Lepas tu terus balik. Singgah drive thru McD , tapau untuk ibu dan Ilham, dan untuk rumah sendiri. Hantar McD ke Senai, lepas tu boleh pulak tersalah bagi bungkusan.. sabar aje laaaa.. nasib baik ada Big Mac yang untuk ibu.. nasib tak terhantar semua ayam, adeh.

Lepas makan, bersihkan rumah kawan yang jadi pusat kuarantin sementara ibu, mop, sapu, cabut cadar, balik terus mandi berlangir 😆

Apapun.. syukur selalu.


Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Mestika dengan Gila-gila tu nostalgia sangat.

    ReplyDelete
  2. Betul² lagend majalah Gila-Gila.. Dari kecik sehingga kini masih diterbitkan.

    ReplyDelete
  3. Macam menarik je Odorono tu buy 1 free 1 tu. banyak memborong. Lamanya alahaii tak membeli buku dan majalah.

    ReplyDelete
  4. Saya pun dapat juga satu BBW sanitizer tu..Kata Cella beli kat NU Sentral.Upah gi ambil dia kat KL Sentral tu la dapat sebotol...Sedap bau melon.Lama tak dengat odorono..hihihi
    Majalah tu kalau saya dapat pun mau tak tidur...Hihihi

    ReplyDelete
  5. Eh! Ada lagi rupanya majalah Gila-Gila tu...ooohhoooh!
    Majalah Mestika tu bukan sama ke dengan Majalah Mastika? Ke lain?

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. cleansing hand gel tu memang wangi , best pakai

    ReplyDelete
  8. Macam menarik jer majalah tu semua SK...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!