KETAM MASAK LADA HITAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

Assalamualaikum...

KETAM.. antara makanan yang menjadi favourite Pak Inche tapi fobia bagi Sk. Sk sangat takut makan ketam. Bukan takut apa, takut cedera. Seingat Sk, masa kecik-kecik dulu, Sk cuma makan badan ketam aje. Kaki-kaki malah isi pada sepitnya tu memang Sk tak akan makan. Paling banyak, Sk cuma makan sebelah ketam aje. Memang tak minat makan ketam sebab rasa macam susah. Lagipun rasanya abah ke, ibu ke.. memang jarang la beli ketam. Mungkin dulu harganya mahal kot, tak tahulah kategori mahal dulu tu, berapa ringgit agaknya. Sekarang pun ketam bunga (laut) boleh cecah harga RM40 sekilo. 

Jadi, kalau dah suka ketam tu, memang asyik nak makan aje la. Dah lama tak ke Kong Kong, sejak PKP diperketatkan dengan jarak 10 km, Jun lepas, hampir empat bulan jugaklah rasanya tak ke Kong Kong. Iye ke ek? Jap, semak balik di old post 🤭🤭🤭

Okey, kali terakhir ke Kong Kong akhir bulan Mei sebelum PKP 3.0 diperketatkan. Masa tu, harga sekilo ketam nipah, RM55. Kali ni pergi, sekilo RM70, tapi bukan beli di tempat yang sama, sebab kedai sebelum ni tu, tak ada ketam katanya. Disebabkan datang jauh-jauh, beli jugaklah. Nak sedapkan hati, fikir kat NSK, ketam nipah hidup pun dah RM89+ sekilo. Kalau nak murah banyak, beli ketam tidur, RM29 sekilo.. tapi... (itu nanti Sk cerita lain la). Lepas beli ketam ni, kami jalan ke atas sikit, ada satu gerai ni, tetiba ada pulak jual ketam nipah. Dulu dia tak jual ketam, ni ada pulak jual dan murah RM5 dari harga kami beli tu. Anggap jerlah rezeki kami ditakdirkan begitu 😂 Tujuan bagitahu harga tu bukan untuk menunjuk ya, tapi untuk rekod 😅


Pak Inche minta Ketam Masak Lada Hitam. Selalunya, Sk guna pes masak lada hitam atau sos blackpepper life kan, tapi kali ini Sk guna lad hitam biji yang ditumbuk, sos tiram, kicap soya cair dan kicap pekat. Ketam pula, disiang semasa proses memasak sos. Macam nak berperang oi Pak Inche nak siang ketam padahal ketam tu elok berikat. Dah sumbat dalam peti ais pun tak pengsan. Siap berjalan dalam tu 😂 Sudahnya terpaksalah gunakan teknik yang dikongsikan Sis Lin, suruh tikam dada ketam tu. Maafkan Mak Inche duhai ketam 🦀

Resepi Ketam Masak Lada Hitam

Bahan-bahan :

3 ekor ketam nipah
5 ulas bawang putih cincang
1/2" halia cincang
4 tbs lada hitam ditumbuk
4 tbs sos tiram
2 tbs kicap soya cair
2 tbs kicap soya pekat
2 cawan air
2 tbs tepung jagung + 1 cawan air (bancuh sebati)
Sedikit minyak untuk menumis
1 labu bawang holland dibelah-belah
1 tangkai lada merah dihiris
Sedikit garam
2 tbs gula
Ajinomoto jika suka
Daun bawang secukupnya dipotong anggaran 1"

Cara-cara :

1. Bersihkan ketam, potong ikut kesesuaian, ketepikan.

2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia hingga layu. Masukkan lada hitam.

3. Masukkan sos tiram, kicap soya cair dan kicap soya pekat.

4. Masukkan secawan air, kacau. Masukkan gula, kacau hingga gula larut.

5. Masukkan ketam, gaul rata dengan sos, biar ketam berubah warna.

6. Masukkan bawang holland dan lada hidup, gaul.

7. Masukkan air tepung jagung. Kacau.

8. Tambahkan lagi secawan air.

9. Tambah garam secukup rasa dan ajinomoto jika suka.

10. Taburkan daun bawang.

Siapppp!





Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. SK mengetam pulak ya.
    Zaman saya bujang dulu, ada kawan rajin ajak pergi pasar beli ketam. Saya haian, yang nak makan berdua tapi dia beli sampai 5 kg. Balik rumah dia rebus saja. Lepas tu ajak kita meratah cecah sos lada kicap. Sekarang kawan tu dah kembali kepada-Nya. Eh.... cerita itu pulak di sini.

    ReplyDelete
  2. Ketam ni sedap diratah kan..mkn takleh gopoh gapah...

    ReplyDelete
  3. Ketam ni lebih banyak kulit daripada isi
    Dah le mahal

    ReplyDelete
  4. Hihihi...saya pun setiap kali nampak ketam nipah akan teringat SK disepit ketam..🤭

    ReplyDelete
  5. SA selalu beli ketam bunga..ketam nipah kat Seremban ni mahal nak mati....

    ReplyDelete
  6. Ketam dari dulu sampai sekarang harganya mahal. Boleh makan sesekali kalau teringin je. Makan dia memang leceh, biasa ratah je lah. nak makan dengan nasi tak feel sangat. Tak pernah lagi makan ketam nipah. Jenis ketam biasa dan sepit biru ke ape entah, itu pernah lah. sedap gak masak blackpepper. mencabar kalau nak siang ketam hidup.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!