PUDING ROTI PELANGI

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

Assalamualaikum...


DESSERT yang pernal viral di kalangan blogger masakan suatu ketika dulu. Iman kata, lama bonda tak buat puding roti. Mula ingatkan, dia nak Puding Roti Sos Kastard.. ahhh.. malas la nak hidupkan oven 😜. Tak, nak yang macam lengkong tu, katanya. Seingat Sk, resepi tu menggunakan serbuk agar-agar dan mungkin Sk ada sebungkus dalam kabinet, hehe. Mujurlah jumpa, tapi roti tinggal tiga keping. Resepi asal, empat keping, karang lembik pulak pudingnya, kan. Jadi, kita kurangkanlah air.. syukur, puding set elokkkk 😍

Resepi Puding Roti Pelangi

Bahan A ( Dikisar halus)
3 keping roti
1/2 cawan susu pekat manis
170 ml susu sejat / susu cair
1/2 cawan air
2 biji telur
1 tsp esen vanilla

Bahan B
1 bungkus serbuk agar-agar (clear)
1/2 cawan gula pasir
900 ml air

Bahan C

2 tbs mentega / margerin

Cara-cara :

1. Didihkan bahan B, kemudian masukkan bahan kisar.

2. Kacau hingga panas, masukkan mentega.

3. Kacau lagi hingga mentega larut dan adunan mendidih. Tutup api.

4. Bahagikan kepada beberapa bahagian, warnakan. 

5. Sudukan selapis demi selapis dalam acuan sehingga habis.

6. Biarkan sejuk dalam peti sejuk sekurang-kurangnya dua jam.

7. Bila dah beku, boleh keluarkan dari acuan dan dipotong.


Ralat : 1/2 cawan susu pekat manis











Nyamannnn ❤️

 

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. wow...segar di minum waktu petang...

    ReplyDelete
  2. Meriah warna puding rotinya, sesuai dengan nama pelangi hahaha. Sk sebut puding roti sos kastard, tiberr rasa nak makan pulakk hehehe

    ReplyDelete
  3. sedappp.. ank sy kalo buat ni msti suka..
    suka sgt dgn rainbow.. haha

    ReplyDelete
  4. Rajinnnya bonda Iman...Mai la jadi jiran kat sini...hihihi

    ReplyDelete
  5. Wah! Ini puding roti pelangi petang! Nampak warna jingganya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!