Assalamualaikum...
AHAD lepas, Sk minta pelepasan untuk BDR lebih awal. Ini kerana Sk ada temujanji untuk perbaharui lesen memandu di Pejabat Pos Besar jam 3.20 petang. Sebelum tu, Pak Inche kata, nak pergi RHB Bank, ada urusan. Urusan PI selesai lebih kurang 2.15 petang. Kemudian, dia ajak tapau Nasi Ambeng di Medan Selera Mahsuri. Dah wassalam laaa. Tengok jam, baru 2.30 petang. Ada lagi sejam masa temujanji, hurmm.. awal lagi. Tapi, kita cuba sajalah, mana tahu boleh dapat awal, kan. Tambahan lagi, baru-baru ni Pos Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa mereka yang hendak berurusan boleh datang secara walk in, tidak perlu temujanji.
Terkejut bila sampai depan PPB, manusia beratur melengkau-lengkau. Bila tengok betul-betul, semuanya merupakan warga asing. Pada mulanya, Sk ingatkan mereka nak hantar wang ke luar negara melalui PP. Tapi, macam pelik la pulak. Curi-curi tengok borang yang mereka pegang, ada perkataan passport. Kemudian nampak ada dua papan tanda kecil, yang pertama tempat ramai abangla beratur tu, tulis PASSPORT dan yang kedua tulis PELBAGAI URUSAN. Sk pun tanya dengan pegawai yang bertugas, urusan perbaharui lesen kena ikut temujanji atau boleh masuk awal. Kena ikut temujanji katanya, sambil melihat jam dan memberitahu masa temujanji Sk lama lagi selepas tengok jadual temujanji yang Sk tunjukkan. Hurmmm.. bertentangan betul dengan kenyataan yang dikeluarkan Pos Malaysia.
Jadinya, Iman kata, jom pergi pusing-pusing keliling bando dulu, lama tak tengok bando 😆😆 Lepas tu, PI kata, apa kata kita tengok Kedai Nasi Padang yang kat hujung tu, buka tak? Jom!
Allahu.. dugaan sungguh.
ReplyDeleteAkak yg baca ni pun stress ...
ReplyDeleteAduih......
ReplyDeleteApa nak buat SK
Nak tak nak kena selur-selur gerak buat mykad baru jugak la..huhuhu
Adoiii.. peningggg gituuu.. Sila buat mykad baruuu.. Lepastu kasi settle itu semuaaaa
ReplyDeleteMacam mana cerita pun, bab makan mesti ada
ReplyDeletedugaan betol nk renew lesen musim pandemik ni! huuu
ReplyDeletesy aritu buat appointment kat jpj.. renew lesen utk 2tahun..
kad bank sy pon expired bulan ni.. mlsnya nk g bank.. uwaaa
Adudududdduuuu.... sabar itu sebahagian daripada iman.
ReplyDeleteTapi sesabar mana pun, tetap ada hadnya. Jadi, sabar sajalah SK.