Assalamualaikum...
DAH berapa banyak kali nampak ramai yang kongsi dah cuba masak Bihun Udang Kering yang tular kerana memasukkan 12 sudu teh gula sebagai salah satu bahannya. Yang buat viral ialah sukatan 12 sudu teh gula tu, sebab ada yang faham 12 sudu gula. Lain kali baca betul-betul resepinya. Ada juga yang membanding-bandingkan resepi dia dengan resepi orang. Kalau awak rasa, resepi awak sedap, kongsilah. Biarlah orang lain tu nak kongsi resepi nenek moyang dia, kenapalah kita nak sakit hati pulak.
Jadi, Sk.. walaupun nampak ramai yang dah buat dan mengakui bihun tu tak semanis walaupun letak 12 st gula, belum datang keinginan nak mencuba. Sehinggalah baca entri Puan Hazel malam tadi, tiberrr menggebu-gebu perasaan nak buat esok paginya (pagi ini). Hah, kalau dah blogger tu, dia nak ikut blogger jugakkan. Teringat zaman kegemilangan blog suatu masa dulu.. kalau blogger ni masak Kari Ayam yang menggunakan kerisik contohnya, maka blogger-blogger masakan lain akan ikut. Bagi menghormati rakan blogger lain, kami akan 'link' kan antara blog. Kuat juga ikatan ukhwah antara blogger ni, walaupun kadang tak pernah berjumpa tapi rapat tu macam satu keluarga.
glamor betul bihun 12 sudu ni sejak kebelakangan ni, kalah mira filzah!
ReplyDeleteTerserempak juga beberapa kali bihun 12 gula sudu teh ni. Belum cuba masak. Nanti nak selongkar kabinet, ada tak stok bihun. Udang kecil baru jew beli pagi tadi.
ReplyDeleteWah nampaknya PC tertinggal sesautu yang menarik ni.
ReplyDeleteHahaha... terjebak juga SK ye :D
ReplyDeleteBila tengok bihun SK ni, tetiba rasa nak repeat la :p
P/S: Tq letak link blog PH sini muwah!
Ada yang saya terlepas ke dengan mihun viral ni? hahaha
ReplyDeletesedap je nmpk.. kalo rajin nt sy plak ikot resepi ni.. haha
ReplyDeleteIngatkan betul2 12 sudu gula
ReplyDeleteNak kena dibetes ke
Hahaha...dah buat yer..
ReplyDeleteSaya belum...
Baca juga kat bloh Puan Hazel hari tu macam tergoda..tapi belum cuba lagi...Nanti nak kena buat juga ni
Dah singgah dapur Puan Hazel, Kak Amie dan mama cella. pastu singgah dapur akak pulak. pasni kita pun nak terjebak sekali buat. Gerenti sedap kalau guna resipi orang orang lama ni kan. yang jadi pelik bila guna bahan yang kita jarang guna dan sebenarnya sedap rasa dia.
ReplyDeleteSA x pernah buat lagi..nak buat macam x berani...sana- sini dapur duk update bihun ni...x leh jadi ni
ReplyDelete