BIHUN HAILAM TAPAU DARI LAPAN KATI

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

Assalamualaikum...

PETANG tadi, sesambil Work From Home sesambil Work For Home. Terdatang pulak la rajinnya melipat kain. Jam lagi sepuluh minit pukul 5. Tetiba dengar telefon Pak Inche berbunyi, Iman telefon, katanya balik pukul 5. Aik, sebelum ni, katanya balik pukul 6. Terus campak kain yang belum dilipat dalam bakul, simpan dalam bilik dan terus sarung tudung.

Lepas ambil Iman, terus ke Kulai, Pak Inche nak makan Bihun Hailam untuk makan malam sebab siangnya dah makan nasi kandar, kan. Hanya sebelah shuttle door Restoran Lapan Kati dibuka. Die in Dine in belum dibenarkan tapi boleh take away. Sk pesan dua bungkusan Bihun Hailam jangan letak ayam, seafood jer boleh, sebab sebungkus nak hantar rumah ibu.


Sebungkus bihun hailam saiz S cukup untuk 2 hingga 4 orang makan. Kalau kami, bertiga memang ngam la.. tapi Iman tak nak makan bihun hailam, dia nak makan nasi kandar Tini, hehehe.


Jadinya, makan berdua sajalah dengan Pak Inche. Bihun hailam atau apa-apa makanan hailam ni wajiblah dimakan bersama cili jeruk. Banyak betul hirisan fishcake dalam bihun hailam. Rupanya ibu punya pulak, banyak sotong, kata ibu.


Sempena hari pertama intern, hari ni ada jamuan di pejabat Iman. Ada nasi beriyani dan ayam panggang Bakers Cottage. Ayam tinggal separuh, tiada siapa nak bawa balik, jadi Iman bawa balik. Bagus jugak sebab dalam bungkusan nasi kandar Iman, cuma ada lauk daging dan bendi. Eh, macam tau-tau pulak dia ya.. hihihi.

Burppp.. Alhamdulillah 😍

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!