TIPS BUAT SOTONG GORENG TEPUNG YANG RANGUP DAN GEBU

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

Assalamualaikum...

MASA masak Sambal Udang Petai hari tu, Iman kata, boleh tak buat Sotong Goreng Tepung sekali. Eh, bolehhhh.. apa ke tak bolehnya, bonda kat tukang masak.. order jer apa-apa nak makan 😜


Sotong Goreng Tepung merupakan antara carian paling banyak di Alam Sari ni. Kalau sebelum ini, Sk kongsikan resepi campuran tepung untuk menggoreng sotong, tu tahun 2013 punya post, hehehe. Sekarang ni, guna jer tepung serbaguna dan jenama pilihan Sk, tentunya Tepung Serbaguna Bestari.


Ambil plastik yang bersih, masukkan tepung serbaguna pilihan anda ke dalam plastik secukupnya, dalam tiga empat sudu dulu. Kalau tak cukup boleh tambah lagi nanti supaya tak membazir.


Sotong yang sudah dibersihkan dan dipotong mengikut citarasa, masukkan dalam plastik yang mengandungi tepung tadi. Sotong tu, boleh gaul dengan telur yang dipukul dulu jika rajin suka. Sk tak gaul telur sebab terlebih rajin.


Kemudian, goncang plastik tu rata-rata sehingga tepung menyaluti keseluruhan sotong. 
Kalau nak tepung tu lebih tebal, boleh keluarkan celup dalam telur dan masuk semula dalam plastik tepung. Tapi dua kali kerja, ikutlah tahap kerajinan mbak-mbak sekaliannnn.


Keluarkan sotong sekeping-sekeping dari plastik, goreng dalam minyak yang cukup panas. Api sederhana, jika minyak tak cukup panas, nanti sotong akan lembik dan menyerap minyak. Jangan tindih-tindih sotong dalam kuali.


Bila bahagian bawah sotong cukup garing, barulah diterbalikkan sotong satu persatu. Buatlah dengan sabar, maklumlah, bukan pro macam kat kedai tomyum tu.


Bila dah garing kedua-dua bahagian, angkat dan masukkan dalam tapis. Toskan minyak dan jangan letak atas tisu.


Bolehlah dihidangkan dengan sos cili Thai.
yummy yummy yummy

Plastik yang ada sisa tepung tadi, boleh terus campak dalam tong.. tak payah membazir nak cuci mangkuk 😝


Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Uinaaaa... tudia sotong goreng salut tepung BESTARI! Semudah ABC orang kata. Dijamin sedap!

    ReplyDelete
  2. Sama cara macam SA...baru la menjadi sotong goreng tepung tu kan...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih tips guna plastik tu.Sampai sekarang,asal nak salut apa2 guna plastik & auto ingat SK

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!