Assalamualaikum...
KELMARIN, Pak Inche ditugaskan ke KL bagi tujuan mengambil beberapa aset untuk cawangan di Johor. Barangan tersebut, selain perlu dihantar ke cawangan JB, ia juga perlu dihantar ke cawangan Batu Pahat. Iman pesan kalau boleh, minta babah tapau nasi di Mahbub tapi PI tak yakin, takut basi katanya. Sk berkali-kali tanya, apa yang PI nak makan untuk makan malam. Dia kata, tak yah masak dan tak yah beli apa-apa. Rupa-rupanya dah ada plan baik punya!
Mee Racun, salah satu makanan yang menjadi identiti di bandar Penggaram ni. Bandar Penggaram adalah gelaran bagi daerah Batu Pahat oleh orang-orang lama. Arwah abah Sk dulu, memang sebut Bandar Penggaram merujuk kepada Batu Pahat dan Bandar Maharani, merujuk kepada daerah Muar.
Pak Inche beli tiga bungkus mee, dua bungkus mee racun kambing dan sebungkus mee racun daging. Dalam pengetahuan Sk, resepi asal mee racun memang menggunakan kambing sahaja. Agaknya banyak permintaan mereka yang minta masak guna daging lembu.
Sk dan Iman pulak, semalam tak makan tengahari tapi petangnya tu meronda ke Taman Nusantara cari makanan selepas balik dari rumah Cik Ani. Hari tu dah hantar sikit keperluan, ni Mak Cella pesan suruh belikan Habbatus Sauda, baru teringat. Terima kasih, kak atas ingatannya. Balik tu, singgah Family Mart beli Macaroni Cheese, Oden, Onde-onde Tealive dan Cakue. Jadinya Iman kata, mee racun tu, boleh tak kalau kita kongsi?
Jadinya, ada lagi sebungkus mee racun dalam peti sejuk.
😅
Kalau tak salah dkt batu pahat juga ada terkenal dengan mi bandung kan? Eh ke mi apa? Mi racun tu nama lain mi bandung ke? Atau nama kedai?
ReplyDeleteMee Bandung di Muar, dua2 kuah mee ni mempunyai rasa yg berbeza.
Deletewahh mee racun..
ReplyDeletenmpk sedap! ni 1st time dgr mee racun.. hihi
Uiiii... dasatnya mee racun! Ada kambing, ada daging.
ReplyDeleteKalau ada depan mata, dua-dua nak ngap!
Lain macam nama mee.. Tapi mesti ramai yang menyukainya..
ReplyDeleteMee racun ni memang terkenal kat BP
ReplyDeleteDulu pernah tengok kat Majalah 3 rasanya pasal mee racun ni..terliur hamba...
ReplyDeleteSemoga Cik Ani dan keluarga diberi kesembuhan olehNya..
Wahhhh. Nampak sangat sedappppp! Kena try nii.. huhu
ReplyDeleteKenapaa nama dia mee racun...seram lak dengar..
ReplyDelete