STRIPLOIN STEAK MALAM INI

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

Assalamualaikum...


BELUM lepas lagi untuk dine in, jadi, kita buka restoran di rumah jer la malam ni 😅


Habis kerja tadi (BDR), Pak Inche ajak cari daging wagyu untuk masak steak malam ini. Pilihan yang paling dekat dengan rumah, sama ada ke Jaya Grocer atau BIG. Dan, pilihan PI, BIG sebab dah pernah beli di JG, jadi nak ubah selera pulak la gitu.


Sampai rumah, gigihlah terus perap daging dengan rempah ratus. Sk pula mengambil tugas sebagai Chef Garde Manger 😜 Jadi, dari mula memang Sk la sediakan side dish termasuk sos pencicah 🧑‍🍳


Oriental Salad beli yang ready to eat. Senang kerja Mak Inche. Salad untuk Sk, mestilah istimewa.. haha. 


Buat sos guna demi glace jenama knorr. Sk bancuh 2 sudu besar demi glace dengan 1 1/2 cawan air sebab tak nak ia terlalu masin.


Bila masak sendiri, kemahen banyaklah side dish. Macam biasa, makan separuh jer dah kenyang sebab banyak nau side dish. Daging tak habis tu, nanti boleh buat rencah nasi goreng pulak, hihi.

Alhamdulillah ❤️









Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Bukan main sedap lagi nampaknya..

    ReplyDelete
  2. Menyelerakan!!!! Fuhhhh, fuhhhh! Sedapppp!

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. sedapnya..
    yg berbunga2 tu menarik.. haha

    ReplyDelete
  4. Uiiii...Daging wagyu...
    Daging special dari lembu-lembu yang dibelai manja dengan alunan muzik agar tidak stress supaya dagingnya lembut.Kalau daging saya bukan kategori wagyu ni...keras kejong sebab selalu stress...🤣🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  5. Sedapnya . Gabung pulak dengn sos blackpepper ..lagi ummpphhhh

    ReplyDelete
  6. Sedap plak tengok steak tu ha...kat Seremban ada AEON je..itupun xde kot jual daging steak...nak kena pi Jaya Grocer TTDI kalau betul2 teringin nak beli and masak sendiri...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!