ENGLISH BREAKFAST SELEPAS PERSEMBAHAN PROJEK AKHIR, SEBELUM DIVAKSIN

Seri Kandi Tanah Jauhar
19

Assalamualaikum...


YANG tadi tu, 
bukanlah Nasi Goreng sarapan hari ini. Yang ini, barulah sarapan hari ini 😆. Hari ini (Ops, dah tiga kali sebut hari ini), okay, dah empat kali. Hari ini (5x dah sebut), tamatlah semester 5 bagi Iman selepas presentation berakhir pagi tadi. Semester ini, Iman ambil dua subjek berbanding enam subjek pada semester lepas dan ini merupakan semester pendek. Selepas tamat semester 4 bulan Julai lepas, tiada cuti semester tetapi terus ke semester 5. Gedebak gedebuk gedebak gedebuk, dua minggu lagi Iman akan memasuki semester 6 dan menjalani intern di syarikat Megah Holding.


Kesian Iman, hanya dua semester merasa duduk di kamsis dengan kawan-kawan. Selebihnya duduk di rumah. Jumpa kawan-kawan pun melalui google meet dan whatsapp saja.  Tapi bagusnya duduk depan mata walaupun kadang berbulu jugak tengok asyik jahit mata jer kalau tak ada kelas. Sudahnya bila malam susah nak tidur sebab dah kenyang tidur siang. Sanggup tak makan sebab lebih sayangkan tidur 😅


Sekali lagi, tarikh vaksin bertembung dengan tarikh peperiksaan cuma kali ini waktu tak sama. Jadi, lepas presentation, makan kemudian baru kami keluar. Kali ini pusat vaksin di bawah seliaan Regency Specialist juga menerima orang awam melalui aplikasi my sejahtera. Jadi, ramai betul tadi yang beratur sampai keluar khemah. Iman dibawah vaksin berbayar mendapat laluan khas dan tidak perlu menunggu. 


Selepas membatalkan temujanji vaksin pertama di Persada Johor pada 11 Julai kerana bertembung dengan tarikh periksa, kami menunggu lebih 30 hari tarikh temujanji baru. Kerana risau, Pak Inche buat permohonan vaksin di bawah Regency Specialist dengan bayaran RM350/ 2 dos. Namun begitu, menurut staf Regency, maklumat vaksin dalam mysejahtera hanya akan dikemaskini selepas tiga hari menerima vaksin dos kedua.


 Seminggu selepas menerima vaksin pertama, barulah Iman dapat tarikh temujanji dalam MS di Poliklinik Family belakang rumah. Kemudian dapat temujanji  di Midvalley pula dan kali keempat (tarikhnya hari ini) di KPJ Pasir Gudang. Huh, sejarah betul sampai empat kali tarikh temujanji vaksin 🤭. Kita tunggulah tiga hari lagi tengok status MS macam mana 😆


Balik dari vaksin, singgah Ninso beli barang sikit, sampai taman, singgah beli Soto Nasi. Iman kata, nak makan yang simple jer. Memang kerap dah beli makanan kat gerai ni, rambang mata tengok macam-macam ada, hihi. Sampai rumah, terus mandi, baru mengadap soto. Lepas tu nak jadi starfish, hahahahaha.. hahahahaha.

😜😜😜








 

Tags

Post a Comment

19Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. English breakfast sekali sekala pekena sedap jugak. :) Alhamdulillah dah settle dua dose.

    ReplyDelete
  2. bonda dia screenshot jeee story si iman 🤣🤣🤣🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  3. Semenjak dua menjak ni memang asyik berbunga-bunga saja pinggang hidangan dia.
    In syaa Allah, 3 bulan akan datang keluar cahaya seri wajah memancar-mancar. Mama Cella... tak nak makan bunga ke. Manalah nak dapat kalau di LD hihihiii.

    ReplyDelete
  4. Wah..
    pejam celik-pejam celik dah intern dah dak Iman tu...Semoga dimudahkan urusan & dikurniakan kejayaan cemerlang anakanda Iman..🥰

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Ni apply di bawah vaksin berbayar sebab takut nama tercicir di MS lepas batalkan tarikh temujanji vaksin tu

      Delete
  6. Banyak betul 'hari ini'. Covid ni kejap betul masa berlalu tanpa sedar. Tahu tahu dah habis sem dah kan. Aduhaiii..tergoda tengok soto tu haa..

    ReplyDelete
  7. DAH LAMA X LAYAN ENGLISH BREAKFAST...SEJAK BANYAK KEDAI TUTUP AREA OPIS NI

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!