LEMPENG CICAH KARI KEPALA IKAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

Assalamualaikum...

PAGI ni rasa sengal di belakang tengkuk. Agaknya salah bantal, tapi memang pakai bantal sendiri 😂. Selalu, kalau salah bantal ni, sakit nak toleh kiri atau kanan tapi ni sakitnya di bahagian tengah. Petua orang dulu, tepuk dengan bantal yang dijemur tengah panas dahulu, tapi jangankan panas, matahari pun masih malu-malu sayang pagi ini 😍


Teringat lebihan Kari Kepala Ikan kelmarin, alangkah sedapnya jika dikawankan dengan lempeng. Padahal, pagi-pagi dah sarapan seketul croissant dengan slice cheese dan secawan kopi o panas. Jadi, melempenglah kita sambil berehat bekerja dari rumah. Nak cepat siap, kita melempeng dua kuali terus, baru pantassss!


Bahan lempeng, cuma tepung gandum, telur, garam dan air, dibancuh cair tapi tidak terlalu cair. Sk masukkan 7 sudu besar tepung gandum, 1 biji telur, garam dan bancuh dengan lebih kurang segelas air. Kacau guna handwhisk jer sebab malas nak cuci jug blender.


Dah hampir siap melempeng, baru panaskan lebihan kari kepala ikan. Kalau dah tinggal kepala macam ni, memang tak laku dah. Baik Iman, baik Pak Inche, dah tak ada siapa yang minat. Takkan nak buang, suka tak suka, mak mak la juga yang jadi tong sampahnya.. tak gitu???







Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ooooo begitu petuanya ye kalau salah bantal. Bolehlah ambil tips ini.
    Aduhai... lempeng cecah kari kepala ikan! Pergghhhh!

    ReplyDelete
  2. Ohh macam tu petuanya. Boleh cuba. Memang salah bantal tu. hihi..sedapnya lempen cicah kuah kari. Siapa lagi yang kena habiskan kalau bukan mak :p

    ReplyDelete
  3. Suami akak suka buat lempeng letak kelapa muda yg diparut..ataupun letak pisang lenyek..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya lempeng cayaq ..kepala ikan kalau dapat tang mata dia feel oooo

    ReplyDelete
  5. Baik belah PC atau keluarga suami, kepala ikan jadi rebutan. Tak kisah masak apa.

    ReplyDelete
  6. Mak mak jadi tong sampahhh.. Hahahaha.. Sedapnya melempengggg.. Lama x pekena lempeng

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!