BIHUN SEBUNGKUS, CENDAWAN SERINGGIT

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

Assalamualaikum...

HUJAN yang turun seawal pagi tadi, sejuknya membawa sampai ke petang. Pagi ini meninggalkan rumah untuk ke pejabat dalam renyai hujan. Nak singgah cari sarapan pun rasa 'segan'. Jadinya, dari pagi sampai tengahari hanya berbekal secangkir kopi panas.

Bila lapar, dalam kepala ni mulalah bermacam-macam idea timbul apa nak diisi ke perut hari ini. Terbayang sedapnya sambal sardin, tapi lama pulak nak menunggu nasi masak. Teringat ada roti setengah bungkus, goreng celup telur pun sodap. Lepas tu teringat pulak Laksa Johor depan kedai Hosey.. dap dap dap. Tapi, rupanya LJ cuti dua minggu.. Allahu.. faham sajalah kalau dah cuti dua minggu. Teringat pulak, belum cerita lagi kakak Sk sekeluarga telah keluar dari pusat kuarantin dua hari lepas yang pastinya berita yang paling melegakan buat kami semua, syukur Alhamdulillah.


Jadinya, bila LJ tak ada, lama jugaklah Sk termenung depan gerai. Ada nasi ayam, nasi kerabu, ayam penyet, soto nasi, bihun soto, mee soto, mee kari, mee goreng dan macam-macam mee siap bungkus dalam kotak lut cahaya. Rambang mata, tak tahu nak pilih yang mana satu. Akhirnya, masuk kereta, tuju ke gerai goreng pisang beli bihun sebungkus, cendawan seringgit.. eh.. cucur pun nampak sedap, beli seringgit juga.

Nikmat sungguh makan time laparrrrr
🤭



Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sama la ngan SA..pagi memang buntu x tau nak makan apa...tengahari biasanya memang bawak bekal, tiba time pemalas je x bawak

    ReplyDelete
  2. Sedapnya...Nasib baik baca time perut baru saja isi spaghetti.Kalau tak melelh ni

    ReplyDelete
  3. Makan waktu lapar dan cuaca hujan atau sejuk lepas hujan, memang nikmat berganda. Walau cuma makan yang simple je.

    ReplyDelete
  4. yang memandang dari kejauhan ni pun boleh terasa nikmatnya

    ReplyDelete
  5. Selamat menjamah makanan tersebut . Hujan2 ni lalu apa je makanan depan mata , auto akan jadi sedap

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!