PUDING TRIFLE

Assalamualaikum...


ANTARA dessert yang sering Sk jadikan buah tangan suatu ketika dulu setiap kali ada majlis makan-makan di pejabat. Pernah juga Sk sediakan untuk majlis perkahwinan saudara. Dulu, sup sap sup sap jer dah siap tapi bila Iman minta buatkan, terus rasa lemah satu badan πŸ˜…


Semalam, gigih jugaklah buatkan sambil dibantu Iman. Kebetulan bahan-bahannya memang ada di rumah. Lagipun kebanyakan bahannya adalah bahan asas di dapur. 


Nak lebih mudah, beli kek siap dari kedai. Jalan yang terbaik untuk orang yang pemalas macam Sk ni ha... hahahaha. Lapisan bawah kita boleh guna kek chiffon atau swiss roll. Potong kek setebal 1/2".


Kemudian susun di dalam bekas kaca macam ni. Kalau tak ada, nak guna loyang apa-apa pun boleh. Bekas kaca Sk guna ni berukuran 10.5" x 7".


Beli buah strawberry konon nak makan dengan coklat dah kelain pulak perginya 😍. Potong nipis macam ni, jangan nipis sangat. Ini pilihan, kalau tak ada, boleh abaikan.


Susun di sekeliling bekas macam dalam gambar. Ini pilihan ya, kalau tak ada buah strawberry, boleh abaikan.


Yang ini tak boleh abaikan tapi boleh pilih ikut citarasa. Kalau ikut citarasa Sk, suka guna buah-buahan cocktail dalam tin tapi Sk ada nenas dalam tin aje 🀭. 


Renjiskan atau sapu air buah dalam tin ni atas kek. Jangan banyak, cuma bagi basah-basah jer. Ketepikan.


Untuk lapisan tengah, masukkan ke dalam kuali (senang kacau) :
4 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
400 ml air
1 tin susu cair


Kacau guna handwhisk sehingga tepung larut, kemudian barulah dimasak atas api sederhana.


Terus kacau sehingga adunan menjadi likat, kecilkan sedikit api. Kacau terus sehingga adunan mendidih dan meletup-letup, barulah dimatikan api.


Tuang atas lapisan kek tadi sehingga melitupi keseluruhan kek. 


Taburkan dengan buah-buahan yang sesuai mengikut citarasa. Boleh gunakan buah dalam tin.


Untuk lapisan atas, hanya dua bahan :
1 kotak Jeli Kristal jenama Nona perisa pilihan
400 ml air


Masak sehingga mendidih.


Terus tuang atas kastard tadi.


Biarkan sejuk pada suhu bilik dahulu kemudian masukkan dalam peti sejuk, biarkan semalaman.


Dah sejuk, bolehlah dihidangkan. 


Sedap makan sejuk-sejuk 😍😍😍

Selamat mencubaπŸ§‘‍🍳








































Post a Comment

6 Comments

  1. Sedapnyaaaaaa......memang dah lama x buat...x tau la kalau buat jadi lagi ke x

    ReplyDelete
  2. Menarik betul kejadiannya.. Mesti sedap ni..

    ReplyDelete
  3. Segaknya & sexy nya trifle depa...❤️❤️
    Telioq tau

    ReplyDelete
  4. lama xmkn puding triffle..
    sy buat xpernah nk jd..
    tawar la.. puding ats tu rs mcm ubat la..
    kena bykkan praktis lg gamaknya.. hihikk

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih