NAK MAKAN DAGING SALAI DAPAT DAGING KARI

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

Assalamualaikum... 

CERITANYA malam tadi, Iman minta Pak Inche pesan lauk Daging Salai dari Dapur Mizlin. Jadi, Sk cuma masak nasi dan goreng ayam. Pak Inche kata okay, mungkin dia pun dah jemu asyik makan lauk yang sama. Rupanya, Dapur Mizlin tutup, jadi PI kata, dia tapau jer la lauk dari gerai lauk-pauk tu. Sk okey aje, sebab nak masak lauk lain pun malas tak sempat dah nak defrost 😆


Tak dapat Daging Salai dapat Daging Kari. Sedap karinya bagi orang yang tak cerewet sangat macam Sk. Dagingnya lembut dan ada lemak macam daging tetel.


Dah ada kari, wajiblah ada sambal belacan. Iman kata, babah nak buat bersiram, punyalah banyak dah macam kuah. Tapi bagus jugak, boleh simpan. Cuma sambalnya manis, tapi pedas.


Sepat kering dan kacang botol pun dibeli juga. Kari Daging, Sambal Belacan penuh semangkuk, Ikan Sepat dan Kacang Botol 4 batang, jumlahnya RM14.


Kat rumah masak nasi dan goreng ayam. Memang mudah kerja beli lauk siap masak ni 🤭

Burppp.. Alhamdulillah ❤️





Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnyaaa....sambal belacan tu menarik....kari daging tu pun...cumanya kat rumah SA ni kalau buat kari daging kena buat asing...satu utk PakZain yang kari sikit je...yg satu lagi macam biasa...

    ReplyDelete
  2. Saya pun menu daging hati ni...Nak masak kari asalnya tapi Adah cakap asyik kari ja...Ok la..kita tukar Asam Pedas..hihihi

    ReplyDelete
  3. Dapat kari pun jadilah kan. Ada sambal belacan kenalah ada ulamnya. baru betul :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!