RENDANG AYAM BRAHIM'S

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

Assalamualaikum...

SEMALAM, Iman tanya.. bonda nak masak ke, nak beli makanan? Kalau bonda nak masak, boleh tak, masakkan Sotong Goreng Tepung? Jadi, Sk suruh dia cari sotong dalam freezer dan rendamkan sekali ayam. Takkan la nak makan sotong goreng tepung semata. Teringat ada beli pes rendang jenama Brahim's, bolehlah dicuba sedap ke tidaknya 😍


Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian gorengkan ayam hingga keperangan.


Kuah Rendang atau Pes Rendang Brahim's. Dibeli untuk kecemasan kemalasan.


Bila ayam dah keperangan, masukkan pes rendang, gaul sebati.


Masukkan 1 cawan air, kacau lagi.


Tutup periuk. Biarkan merenih selama 20 minit, kemudian bolehlah dihidangkan bila dah suam-suam. Kalau tak, nanti nak sebut rendang ayam, bunyiknya hendang hayammm 😜


Sedaplah rendang brahim's tu. Boleh dipercayai dan tidak mengecewakan. Gorengkan jugak Sotong Goreng Tepung untuk Iman. Ni dia ratah di akhir majlis 😆 cicah sos cili Thai.



Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nampak menyelerakan.. Tentu sedap.

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap dan telah diakui sedap....🤭

    ReplyDelete
  3. senang la nk masak rendang gne pes..
    xreti msk mcm sy pon blh try ni.. hahakk

    ReplyDelete
  4. mcm best je pes rendang brahims tu. mcm nk kena beli. hihi

    ReplyDelete
  5. Mudah betul nak masak rendang guna pes je. hehe..lawak tang hendang hayam tu macam hoheng hisang

    ReplyDelete
  6. wah mudah ya sekarang, yang tak pandai masak macam saya pun terus pandai.. jemput baca ya servis kereta , makanan sihat untuk ibu mengandung , kejang kaki

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!