Assalamualaikum...
ALHAMDULILLAH.. Syukur, hari ini Along dah mencecah usia 25 52 tahun. Tapi, kalau tengok, mesti tak percaya dah 52. Kena tenung lama-lama la, cari di mana kedutnya, hahahaha.
Sempena hari jadi Along yang tinggal di Melaka, kenalah pesan kek dari orang Melaka juga. Kalau hantar dari JB dikhuatiri bukan sahaja basi tapi bersepai.. kahhhh 😜
Sungguh kreatif bakers kini, Swiss Roll dideko sedemikian rupa.
Selain Swiss Roll, Sk pesan sebiji Kek Karamel. Teringat suatu masa dulu, pernah jadikan kek ini sebagai duit tepi, sampai terselit celah dapur nak menyiapkan tempahan pelanggan 😆
Keratan rentas Kek Karamel.. ahhh.. terliur pulak kita menengoknya. Antara perkara yang mendebarkan bila buat kek karamel ni ialah apabila hendak diterbalikkan.. ngeri!
.
019 639 7870 Sis Saripah
Tentunya hari ini, adalah hari yang menggembirakan buat Along. Semoga panjang umur, diberi kesihatan yang baik, berbahagia dan sejahtera selalu..
Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn ❤️
Terima kasih De Sari's Bakery kerana menunaikan hajat Sk
Orang Batu Berendam kalau nak makan kek ni, bolehlah whatsapp
😍
viral skrg swiss roll camtu.. comel! hehe
ReplyDeletehappy birthday utk along!
Salam ulang tahun Along. Bertuah Along ada SK yang penyayang!
ReplyDeleteMemang sekarang banyak sungguh pilihan untuk sambutan ulang tahun.
Swiss roll dengan kek karamel tu cantik dipandang. Warnanya pun alahai.... menggoda-goda!
Semoga Along sentiasa sihat dan kekal muda..
ReplyDeleteHappy birthday kak long
ReplyDeletecomel design swiss roll ni , kreatif orang yang membuat , rasa sayang pulak nak potong
ReplyDeleteNampak sedap....comel jugak design cake...eh banyak kek erk
ReplyDelete