Assalamualaikum...
DAH hari ke berapa ek Angah sekeluarga, ibu dan Ilham kena kuarantin? Rasa macam dah lama sangat. Bukan apa.. risau.. takut.. dan macam-macam perasaan. Malam semalam, tetiba sahaja ambulan muncul depan pagar rumah Angah ambil Abang Jamal. Katanya dah telefon, tapi tak diangkat. Jadi, terus datang ambil, terpaksalah ikut. Dah sampai sana, katanya pulak mereka tak ambil pesakit covid yang stroke. Tapi, kalau dah sampai, tak boleh balik selagi belum sihat. Dan hari ini pulak, nak ambil Angah, Izzat dan Indah, tapi sampai Sk taip entri ni, pun ambulannya belum sampai lagi.
Semoga ibu & Ilham dimudahkan urusan & bebas Covid...Semoga SK juga dimudahkan urusan
ReplyDeleteSemoga ibu berselera menjamah juadah yg dipesan anakandanya
ReplyDeletemudah2an semuanya cepat sembuh dan tetap sihat. moga dpt kumpul2 semula.
ReplyDeleteGitulah Mak kak, sama masa Mak Lin sakit duk hantar spital tu, sibuk nak naik grab sebab takut menyusahkan jejauh datang bawak dia.. ermmm
ReplyDeleteEsok kita cadang nak buat laksa...nampak tomyam ni rasa nak buat mee tomyam plak
ReplyDelete