LANGSIR RAYA TAPI BARU PASANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

Assalamualaikum...


LANGSIR yang dibeli untuk raya katanya. Beli dari dua minggu puasa, sampai ke sudah, tak keluar dari boot kereta. Inilah antara perkara yang paling malas nak buat selain lipat kain, tukar langsir 😆. Selama-lama duduk rumah yang sekarang ni, ini baru kali ketiga Sk tukar langsir, itupun sebab dah teruk nau nau langsir yang sebelum ini. Jap.. kita cari gambar langsir sebelum ni eh.


Nampak tak, dah rebeh tu. Ada tarzan dalam rumah macam tu la nasib. Orang kata, bela kucing ni boleh menghilangkan stress tapi silap haribulan, kita yang stress dibuatnya. Jangan kata langsir, wallpaper semua terbarai dibuatnya. Tak tahu dah sekarang siapa bibik siapa tuan 😭


Post kat fb, kawan-kawan kata, kira langsir merdeka la sebab tak pasang masa raya, hihi. Tapi, macam bosan pulak tengok semua plain. Kedai Romantika belum buka nak cari langsir lain. Sk bercadang nak tambah langsir dengan corak abstrak.


Bila kedai dah buka, laju-laju la kita pergi. Masa ni, cuma Sk jer masuk kedai sebab Iman belum cukup 14 hari dos kedua. Tengok jer warna langsir ni terus tak fikir nak tengok corak lain, berkenan sangat dah 😍


Langsir beli sekeping, potong dua. Rumah Sk single terrace 20' x 70' jer, tingkap tak besar. Jadi, memang tak perlu nak beli langsir banyak. Susah sebenarnya nak cipta kreativiti dalam ruang yang terhad. Haaa.. wallpaper tu dah terbarai.. belum ada kerajinan lagi nak memanjat. Tu yang nampak dalam gambar, yang tak nampak??? 

Yassalammmm...

😭













Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Memang kucing2 suka bergayut kt langsir...entah apa yg bestnya..

    ReplyDelete
  2. Hihi kerja cik kucing ke? Deme punya perangai kalah tuan rumah hahaa. Mcm depa pulak owner gituuu. Cantiklah langsir tu ��

    ReplyDelete
  3. lama sgt dh peram langsir..
    raya haji pon dh lama abs.. haha..

    alahai cantik!

    ReplyDelete
  4. Wah,tirai baru...
    Orang kampung PI tak panggil langsiyaq kan...depa panggil tirai💐

    ReplyDelete
  5. Diperam dulu ye langsir tu hahahaha.
    Cantiklah kombinasi warnanya tu SK. Sedap mata memandang.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!