GERAI Kopi Gantung Viral Perlis baru sahaja dibuka dalam taman perumahan rumah Sk. Taman perumahan Sk tinggal ni tidaklah besar sangat, gerai ni memang dekat dengan simpang jalan ke rumah Sk namun nak menapak ke sini tu, tak berapa nak rajin. Kalau duduk rumah pula, macam mustahil jer nak keluar kecuali hal yang mustahak.
Balik kerja tadi, teringat pulak nak singgah. Sebenarnya, nak masuk ke jalan rumah Sk ni ada dua pilihan, yang ni jalan baru. Ini pula percubaan ketiga hendak membeli kopi dari Perlis ni. Kali pertama tak jadi singgah beli sebab orang ramai. Kali kedua, dah habis. Kali ketiga ni, Alhamdulillah, ada rezeki. Ibu kopi telah siap dibancuh dan disukat, begitu juga susu, tinggal tuang dalam plastik gantung yang telah diletakkan ais apabila hendak dibeli pelanggan.
Mujurlah masa Sk sampai, tak ada pelanggan lain. Berpeluh jugak kalau terpaksa menunggu tengah panas lit lit ni kan. Masa tangkap gambar ni, tak nampak apapun, gelap terus kamera sebab cuaca terlalu panas. Nampak bayang-bayang aje. Tapi nampaklah kan rupa kopi gantung yang macam warna kucing burma tu 😆
Dah sampai rumah, terbuai-buai sepanjang perjalanan, tona mula berubah. Yang putih jadi krim, yang coklat tua dah jadi coklat muda. Kena kacau sebati dulu baru boleh komen.
Lupa pulak ambil gambar selepas kacau, hihi. Sedap ke sedap? Rasa kopi ais Warung Pak Jabit la kot. Rasa kopi kampung yang kaw kaw punya. Tak rugi la beli, tak mengecewakan. Syukurrrr selalu 😍
Terlior teroks ni Sk...
ReplyDeleteNampak pekat kaw.
Teringat Kopi Vietnam....
Tertarik dengan warna sebelum dikacau tu..tone.
ReplyDeleteSlurpp..slurpp..minum time cuaca panas mmg best..
ReplyDeleteMacam-macam kopi ada.. Ada kalanya benda ni viral sebentar saja. tapi masa tengah viral tu la peniaga perlu tingkat kualiti untuk terus mapan.
ReplyDeleteTemptingnya. Ala tak jumpa lagi kat sini. Jika benar bagai di kata. kopi susu klasik memang sedap.
ReplyDeleteuiyo uniknya... jemput baca ye supplement ibu mengandung , sakit tapak kaki , punca sakit belakang , kaki bengkak
ReplyDelete