NASI KERABU DAGING BAKAR YANG SANGAT SEDAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

Assalamualaikum...

SUDAH empat hari Iman menjalani praktikal di sebuah syarikat di Bandaraya Johor Bahru. Kalau ikutkan Iman, nak berdikari, intern di hutan batu Kuala Lumpur. Nak duduk rumah Cikwa katanya, tapi gagal mendapatkan lampu hijau dari Pak Inche. Kalau boleh nak kepit aje anak tu bawah ketiak 😆

Walaupun dah empat hari, namun wang belanja yang diberi belum luak. Hari pertama, ada jamuan sambutan hari pertama dan suai kenal dengan tiga orang intern baharu. Hari kedua, Iman kata, dia makan roti aje yang memang dibawa dari rumah. Hari ketiga, pagi-pagi Iman dah panaskan Maggi Goreng yang PI tapau dari restoran mamak Gelang Patah semasa balik dari bertugas di Stadium Sultan Ibrahim.

 Jadi, hari ni hari ke-4, tak tahulah apa perancangan Iman untuk makan tengahari. Dari hari tu sebenarnya dia berangan nak tapau Nasi Padang yang terletak tidak jauh dari bangunan tempatnya praktikal. Kita tunggu la laporannya petang nanti 😂. Suruh bawa bekal nasi lauk Sambal Udang, tak mahu pulak dia. 


Disebabkan hari isnin tu, Iman cuma makan roti aje, dia mengadu lapar masa balik tu. Tanya nak makan apa, dia tak ada idea. Pak Inche tak ada malam tu, jadi Sk cadangkan Nasi Kerabu.. kan makanan kegemaran Iman tu 😍. Sebaik sahaja Iman keluar dari perut kereta, riuh mulut kakak Nasi Kerabu tu sambut kedatangan Iman. Haaa.. dah datang pun awak..  katanya 😜 Tak sangka pulak dia kenal betul dah.. mesti dia seru tuuuu 🤭


Macam biasa pilihan kami, jika ke gerai depan Kedai Runcit Haji ASK ni, Nasi Kerabu dengan lauk Daging Bakar. Daging Bakarnya sedap dan terasa rempah ratusnya. Sambal ladanya pedas mengancam sampai meleleh air mata. Ulamnya pun banyak.  Nasi dia kalau makan hari-hari, mata pun boleh jadi biru tau 😆😆😆.

Burppp.. Alhamdulillah.. syukurrrr ❤️

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Mata pun boleh jadi biru..Terbaik nasi kerabunya ni ehh..HAHA

    ReplyDelete
  2. Wah! Ini nasi kerabu ajaib namanya SK. Makan hari-hari mata pun jadi biru hihihiiiii.

    ReplyDelete
  3. Biru betul..Tak kedekut warna la penjual tu🤭
    Daging tu mang mengiurkan sungguh

    ReplyDelete
  4. aishhh.. lapar pulak tgk ns kerabu ni.

    ReplyDelete
  5. Alaaaa...SA tengah ngidam nasi kerabu daging bakar ni....dapnyaaaa

    ReplyDelete
  6. Kalau ada telo madin,solok lada mesti lg terangkat kan..

    ReplyDelete
  7. Menu yang sangat sesuai dihadap pada hari rabu

    ReplyDelete
  8. Bukan main biru nasi tu ya. Biru menenagkan mata dan menggembirakan perut ni.

    ReplyDelete
  9. Sedap ni, banyak dia bagi daging bakar tu. Biru betul nasinya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!