KE MANA TUMPAHNYA KUAH? - Alam Sari Di Tanah Jauhar

KE MANA TUMPAHNYA KUAH?

Assalamualaikum...

DAH lama rancang nak kemas kabinet dapur yang disebelah tepi penjuru. Bahagian kabinet yang jarang-jarang dibuka. Lebih kepada stor yang memuatkan periuk belanga serta pinggan mangkuk pemberian ibu. Masa tu kami dah berpindah ke rumah yang Sk duduki sekarang, kira-kira 16 tahun lepas. Ibu pulak, nak berpindah ke Senai, jadi dia suruh Sk angkut semua pinggan mangkuk yang dibelinya secara ansuran. Sk masih ingat, makcik yang datang ke rumah kami kutip duit pinggan, hehehe. 


Orang dulu-dulu nak kenduri, bukan ada katering macam sekarang. Masaknya sendiri dan kena juga perkakas sendiri termasuk pinggan mangkuk. Seingat Sk, di saat ramai yang dah menggunakan pinggan pakai buang ketika mengadakan rumah terbuka, ibu tetap setia menjamu tetamu dengan pinggan kaca. 


Sk keluarkan semua dan cuci. Berdozen-dozen pinggannya, setiap set sekurang-kurangnya ada tiga dozen pinggan makan leper, pinggan makan mungkum, mangkuk lauk, piring kuih, mangkuk hidang, pinggan hidang besar termasuklah mangkuk dessert. Sk dah set set kan untuk bagi-bagi pada mereka yang suka, tapi tetiba Iman pulak kata nak guna masa hari kahwin dia. Aikk.. ada calon ke???


Yang bawah sekali tu, pinggan percuma beli biskut jenama nestle ada setengah dozen. Cantik pulak warna rose gold. Haaa.. dulu-dulu pun dah ada warna ni tau. Haaa.. ni pinggan yang dia bagi, koleksi dia pun ado tu, koleksi pinggan ayam 🀭

Menurun betul perangai πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

7 comments:

  1. Betul tu , zaman dulu2 kalau ada kenduri semuanya pakai pingan kaca . Zaman sekarang banyak dah pakai pinggan plastik .

    ReplyDelete
  2. Rumah mak saya banyak guna pinggan kaca warna tu..

    ReplyDelete
  3. Macam mak saya lah haha belambak pinggan mangkuk. Semua rumah mak2 wajib ya ada warna ni kikiki.

    Pstt iman bagi hint gaissss

    ReplyDelete
  4. Kakkk, sama Mak Lin, tapi Mak punya lagi banyak dr ni hahaha dalam tong air beso tu Kak letaknya.. lama tak jenguk nengok.. cuma Mak ada dua color, satu set coklat mcm ni, satu lagi warna macam pink-pink, termasuk cawannya..

    ReplyDelete
  5. 1st tengok pic tanpa zoom in( tengok kat handphone) ingatkam udang kara tanpa kepala..elok pulak tersusun berketak mxm abdomen lobster...
    Pinggan nostalgia tu Sk...Mak saya pun banyak pinggan ni .Kat kampung popular main kutu pinggan🀭

    ReplyDelete
  6. Kalau tak silap ni pinggan jenama Arcoroc... ehh betul ke? Atau Arcopal.... alamak, jenama pinggan mangkuk duru-dulu pun boleh lupa. Ni gara-gara suka kejar cik port la ni!

    ReplyDelete
  7. Pinggan legend ni. So far kalau buat kenduri kecil memang masak sendiri dan guna pinggan sendiri. pinggan macam ni dan lagi satu yang jenis bunga kangkung dengan apa entah nama lagi. Itu yang saya ambil buat prop gambar :)

    Pstt Iman dah ada calon lah tu, dah pesan awal awal dah.

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih