Assalamualaikum...
HARI ini Pak Inche balik agak lambat. Banyak kerja katanya. Tadi pagi, sebelum keluar rumah, Sk bertanyakan cadangan lauk untuk malam ini. Kari ikan, jawabnya. Macam dah lama pulak rasanya tak masak kari ikan, jadinya Sk terus setuju. Lagipun semalam dah rehat memasak.. rasa bersalah pulak kalau nak suruh PI tapau makan malam lagi, hihi.
Balik kerja, singgah pasaraya Hosey, beli bendi dan cili untuk sambal belacan. Alahai, bendinya macam tak berapa muda. Nak singgah kedai lain, malas. Jadi, belilah sikit aje buat syarat. Lepas habis waktu kerja, kitapun bertukang di dapur. (Bos kata, kalau masuk pejabat sampai pukul 1, lepas tu tetap dikira WFH sampai jam 5) 😂
Tayangan dari dalam kuali selepas matikan api, hihi. Sekarang ni rajin betul tumbuk bawang nak masak kari. Kalau ibu, bawang tumbuk lain, bawang dimayang lain. Tajuk kari kepala ikan, tapi ada ekor ikan jugak. PI beli ikan seekor, siap buang perut dan potong di kedai. Sk bahagi dua, separuh ni masak kari, ada lagi separuh tu nanti nak masak asam pedas. Biar adil dan saksama walaupun beras dan lauk dia beli. Gunakan kuasa veto kita sebagai tukang masak 🧑🍳
Penangan dah lama tak makan lauk kari ikan, bersemangat kita masak sayur kubis goreng stail mamak dan buat sambal belacan. Goreng ikan tu tentulah wajib, kan. Tengok PI tengah buat kerja di ruang tamu sambil dibantu Iman. Sk pun join duduk sekali sambil blog walking. Baca kisah orang di LD dapat hadiah jute bag dan face mask warna merah jambu. Orang KL pulak cerita pasal buah perah. Tengah syok tengok gambar buah perah, PI tutup laptop dan ajak makan. Sk pun suruh Iman senduk nasi sementara Sk masih meneruskan bacaan tentang buah perah. Terbayang pulak ada kacang edamame dalam peti ais, kan bagus kalau masa masak nasi tadi, tenggek sekali pengukus dengan kacang edamame. Boleh makan sambil tengok tv. Tiba-tiba terfikir sesuatu......
..
...
....
Ya Allah!!!!!
Iman dam PI ternganga pandang Sk. Sk pandang mereka 😭
Lupa masak nasi!!!!
PI terdiam dua saat lepas tu dia gelak.
Adohhh.. 21 kahwin, tak pernah lupa masak nasi. Kalau lupa tekan suis periuk nasi tu, pernah laaa 😅😅😅 Sebenarnya, tukang masak nasinya Iman. Iman kata, bonda diam aje, ingatkan bonda dah masak. Budak ni.. nak disuruh baru buat.
Iman kata, masak guna noxxa jer cepat. Tapi PI kata tak sedap guna noxxa. Dia sanggup jer tunggu... Jadinya.. tengah menunggu nasi masak la ni. Sabo aje laaa
😂😂😂😂😂
Hahahaha adoii kak sy dah terbyg perut lapr tp x dpt makan terus.. Bertabah laa iman n abah nya menunggubnasi masak ye :p
ReplyDeleteFaktor usia mungkin
ReplyDeleteAduhai . Kelakar dibuatnya . Menu senua dah cukup sedap
ReplyDeleteSaya bersimpati atas cerita sedih ini😭
ReplyDeleteTapi sebelum tu izinkan saya untuk ketawa kuat2 dulu🤣🤣🤣🤣🤣
Boleh bayang la...nadib baik bukan bulan puasa
Sukalah Kak Amie jute bag disebut-sebut. Sekali baca seterusnya terus terikut kata ya Allah...dada jadi berdebar! Rupanya lupa masak nasi... bukan lupa tekan butang onn. Lepas tu.... ketawa jugalah macam orang yang dah kenyang makan buah perah tu hihihiiiiii.
ReplyDeleteBaca tajuk KARI KEPALA IKAN DAN KUBIS GORENG STAIL MAMAK ni jew... yang ni TAPI LUPA MASAK NASI tak baca kihkihhhh.
DeleteUjian kesabaran sungguh sebab mata dah fokus pada lauk ni..hehehe. Tak apalah. Lucu.
ReplyDeleteammi mmg masak nasi pakai noxxa. nak guna rice cooker mcm besau nau encik suami beli masa nak ganti yg rosak dulu tu. buat berkerak je. jadi rice cooker guna bila ada ramai2 org kat rumah
ReplyDeleteSedapnya kuah kari pekat camni. bendi tu sedap ratah gitu je. bagus kak rajin menumbuk bawang tu. lagilah sedap masakan tu kan.
ReplyDeletehahaha..apalah yang ada dalam fikiran tu sampai lupa masak nasi :)
DeleteHahahahaa...adoi....SA pernah gak terkena...lauk semua dah masak tiba semua dah ready kat meja makan terus ternganga...nasi x masak lagi...sabar jer la...
ReplyDelete