NASI DAGING UTAGHA RUMAH MAS

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

Assalamualaikum...


PERTAMA kali tahu tentang kewujudan Nasi Daging ni berpuluh tahun lepas dalam satu rancangan masakan di tv. Tak silap, rancangan khas bulan puasa dan jemputannya penyanyi Nurul yang berkongsi resepi Nasi Daging. Menurut Nurul, ia adalah makanan tradisi masyarakat melayu Pulau Pinang. Lepas tengok rancangan tu, ibu Sk beberapa kali ada memasaknya tapi masa tu bukan dihidangkan dengan air asam, cuma nasi dan sup sahaja. 


Nasi Daging Utagha ni, Sk beli melalui dalam talian dari Rumah Mas yang terletak di Taman Melodies. Walapun beli secara online, Sk sendiri yang pergi ambil di restorannya semasa pulang dari pejabat. Inilah air asam yang terdapat dalam set Nasi Daging Utagha. Air asamnya terlalu banyak asam jawa, kalau dikurangkan sedikit tentu tidak terlalu masam tapi bagi Sk ianya tidak mengecewakan.


Disebabkan nak makannya pada waktu malam dan nasinya pula diambil tengahari, Sk terus masukkan nasi sedulang ni terus dalam peti sejuk. Jadi, bila nak panaskan tu, Sk ceduk semua masuk periuk nasi. Terkejut, penuh satu periuk. Katanya untuk 4 orang makan tapi macam untuk 5 orang makan. Sk paksa semua orang makan banyak sebab tak mahu membazir.

Memang sedap masakannya. Menurut seorang kawan, chef restoran ini merupakan bekas chef Restoran Selasih yang dulu di bawah pengurusan Puteri Pasific Hotel. Patutlah sedap dan persembahannya pun mantap. Sk suka idea menghidangkan makanan dalam dulang ni. 


Pak Inche pulak beli Kari Ayam untuk makan malam. Takut sangat tak cukup lauk. Sudahnya, dia sorang la yang layan kari ayam tu, lepas tu buat muka sedih. Orang dah cakap dah, dah ada nasi daging. Mana kena makan nasi daging dengan kari ayam.. kan kan kan...  Pak Inche.. Pak Inche.


Orang JB jika nak order makanan dari Rumah Mas, bolehlah hubungi nombor dalam gambar di atas. Setiap hari Rumah Mas akan update menu keesokan hari untuk tempahan. Hari tu nampak ada Nasi Bukhara tapi nanti dulu laaa.. sebab jauh sangat nak ambil. Kalau satu taman, mahunya tiap-tiap minggu order terusssss!

Jom follow IG Rumah Mas

😆😆😆











 

Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nampak macam sedap..ada air asam lagi.. memang sedap le cicah dengan daging

    ReplyDelete
  2. Rindu nasi daging utara...
    Ayaq asam tu letak kerisek tak SK? Kalau yg ori letak kerisek & tomato banyak2
    Adoi, kecur!

    ReplyDelete
  3. sedapnya nasi daging utara. bila la boleh mkn lagi ni..

    ReplyDelete
  4. Eh,tengok nasi ni..Rindu nak makan kenduri @ Kedah

    ReplyDelete
  5. Rasa nak selit situ tumpang semulut nasi daging hihihiii.
    Kari ayam tu kuahnya berlenang-lenang minyaknya, cantik warnanya.

    ReplyDelete
  6. Sedapnyaaaa.....lama dah x makan nasi daging

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!