LOTUS BISCOFF CHEESE TART SETAHUN SEKALI

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

Assalamualaikum... 


TERGELAK baca fb stories seorang kawan, order open setahun sekali katanya.. kahhh. Alahai.. dah tak kuat la dik nak buka tempahan. Dulu badan bergetah lagi, boleh melentur ke sana ke sini, laaa.. dah tak stretching, silap lentur, boleh tertetas urat uiii. 


Lotus biscoff crust pun tempah siap dari kawan bakers. Padahal, ada jer acuan ni, beli masa viral dulu beratus, tapi simpan jadi tukun. Tart presser pun ikut jadi tukun jugak 😂


Buat bajet-bajet takut tak cukup cream cheese. Maklumlah, buat setahun sekali dah lupa nak congak berapa biji boleh dapat tart dengan 2 kilo cream cheese 😆. Buat enam perisa, yang ni coklat biscoff, lemon biscoff dan strawberry biscoff.


Yang ni pulak original strawberry, blueberry biscoff dan lotus biscoff. Tersalah beli filling blueberry, pakai ambik jer, maklumlah, orang kaya memang ambil barang tak tengok harga, matilanakkkk 😭


Kalau tak nak guna, ada jer tercongok nozel kat dalam laci, bila nak guna, dia ghaib. Mujurlah masih belum hilang lagi bisanya, kita tak yah guna nozel, melambatkan kerja nak mencari dia pulak 😅


Siap bakar.. zaman jual cheese tart dulu, sebelum bakar kena lorek-lorek dengan cheese berwarna dulu, sekarang trend deco selepas bakar. Yang paling rajin, dia boleh melukis berejam-rejam atas cheese tart, memang salute la.. maaf, Sk tak rajin walaupun Sk pandai jer lukis-lukis (haruslah puji diri sendiri 😜)


Deko macam ni lebih senang dan cepat siap. Sup sap sup sap.. tapi yang lecehnya, nak pek satu-satu. Hurmmm.. ni, kitalah tukang letak inti, kitalah tukang picit cheese, kitalah tukang bakar, kitalah tukang hias, kitalah tukang bungkus. Lepas tu, kita jugak jadi runner 😆


Sebab tu la.. tak nak buka tempahan dah. Sk buat untuk orang satu pejabat aje. Buat fast sale. Lepas tu masing-masing datang ambil sendiri kat peti sejuk. Senang gituh. Sk tak jual mahal.. tak sampai hati wakkk. Bolehlah balik modal dan upah Sk berdiri dua jam kat dapur 😜






Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. menarik utk ditgk.. menarik utk dimkn..
    camne la rs ni ek.. xpernah try lg..

    ReplyDelete
  2. Mak oi.. Sedapnya.. Yang tak menahan tu, pembungkus coklat pun tak bukak.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. choc tu cair plak, jadi letak jerlah terus, lawo sikit

      Delete
  3. hahaha masa membeli tu semangat dia lain macam. Bila dah ada tu mula la itu tak kena, ini tak kena.

    ReplyDelete
  4. gebu-gebu... kalau PC rasa tak makan ni...tengok simpan lagi...tengok lagi eh simpan lagi...sayang nak makan.

    ReplyDelete
  5. SK....bukak la order...hahahahaha....nampak sedap tu haaa...sampai hati tayang...dah la fav kita tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!