Assalamualaikum...
WALAUPUN Johor sudah masuk Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara, namun, pilihan untuk dine in, belum begitu meluas. Kebanyakan restoran yang dibuka merupakan restoran makanan barat. Restoran tomyam kegemaran kami, Senoko belum lagi memberi kebenaran untuk makan di kedai mungkin kerana pekerja mereka ada yang belum melengkapkan suntikan vaksin.
Jadi, daripada tercari-cari tempat untuk makan malam di luar, lebih baiklah masak sendiri di rumah. Pak Inche pulak, katanya, masaklah apa-apa. Jadinya menu kegemaran Mak Inche la yang keluar tayangan malam ini, Asam Pedas Ayam 😆 Sebenarnya bukan gemar nak makan sangat tapi senang nak masak sebab PES ASAM PEDAS nya kan dah siapppp, tinggal campak tumis dalam kuali, tambah ayam, air, asam dan garam, siappp!🧑🍳
Menyelerakan
ReplyDeleteAmboii SK..terliur akak tgk rojak tauhu tu.
ReplyDeleteTerasa2 bagai mana sedapnya..
Saya suka rojak tauhu..kasi taugeh banyak-banyak...aduh sedapnya tapi tak pandai nak buat kuah kicapnya tu
ReplyDelete