Assalamualaikum...
DAH beberapa kali nak singgah makan di Restoran Kari Kambing 40 Hari tapi asyik tergendala sebab tak sanggup nak beratur panjang di tengah kepanasan. Seingat Sk, kali terakhir makan di sini, masa tu hujannnn dan kami letak kereta di tingkat atas. Tempuhlah hujan demi sepinggan nasi arab dengan lauk kambing. Kemudian, nak pergi, manjang orang ramai. Tak pernah tak ramai ya. Kalau nampak lengang tu maknanya dah habis, hehehehe.
Ada sekali tu, teringin nau nau,
Sk kirim tapao dengan Rafidah ketika dia hendak ke JB dari Segamat.. hehehe. Jadinya, bila ada orang tu berbisik,
Yusuf Taiyoobbbbb Kari Kambing 40 Hari, Sk memang malas la nak layan. Bukan sekali dua ya dia bisik macam tu, tapi bila dah sampai, tengok orang kemahen ramai, terus tak jadi. Tak sanggup nak beratur oi, ada berapa puluh orang lagi depan tu. Terpaksalah pergi makan tempat lain pulak.
Dahlah nak kena set hari yang betul-betul tiga beranak ada. Nak pergi Jumaat, Pak Inche kerja, nak pergi Sabtu, Iman kerja, nak pergi Ahad, Sk kerja. Iman kata, pergi jer la Sabtu, dia tak kisah, janji tapao. Sk cakap dengan Pak Inche, kita pergi Sabtu, tapi janji, kalau dah sampai sana, mesti tabah untuk beratur walau sepanjang mana pun orang beratur 😜 .
Dari jauh dah nampak kereta penuh di kiri dan kanan jalan. Ada tempat letak kereta khas untuk pelanggan tapi tak mencukupi. Sk terus masuk ke tapak parking disediakan, ngam betul, petak kedua kosong, dah dipermudahkan di situ. Turun kereta, panas berdenting, nampak orang beratur macam dua barisan, ah.. nak pergi barisan yang mana? Rupanya, bukan dua barisan, tapi barisan dah melengkau macam ulau atas pagau, hahahaha. Kami pun beratur, Sk cakap Pak Inche, nak ambil payung dalam kereta, panas ooo, ada karang muka berbelang beratur tengah panas pakai face mask, hahaha. Eh, lepas tu Pak Inche tanya, nak makan sini ke nak makan tempat lain? Apo??? Jangan nak ngada-ngada pulak 😂
Dah masuk kawasan dalam restoran, ada tunjuk arah untuk beratur atau bungkus sahaja. Di sini, baru jumpa QR Code untuk imbas daftar masuk My Sejahtera. Tapi... tak ada siapa pun yang periksa dah penuh vaksin ke belum. Mungkin laaa hanya kepercayaan yang dipertaruhkan sebab ada beberapa sepanduk digantung yang mengingatkan bahawa pelanggan yang sudah menerima vaksin penuh sahaja dibenarkan makan dalam restoran.
Oh, ya.. bagi yang tak pernah makan di sini, konsepnya adalah layan diri, di mana, kita akan pesan makanan di kaunter, bayar dan ambil makanan dan minuman masing-masing. Sebelum pandemik dulu, kalau ke sini, Sk dan PI akan beratur, Iman akan 'cop' meja, tapinya kali ni datang berdua jer. Tu takpa, cuma seorang sahaja dibenarkan beratur, yang lain, kena menunggu di kerusi menunggu dan tidak dibenarkan 'cop' meja ya. Kelemahan PI, tak pandai nak order, hahahaha. Dia kalau pergi KFC ke, McD ke, apa-apa restoran layan diri, dia macam tak tahu nak order. Masalahnya, dia tukang bayo, hahahahaha. Dah tuuuu???
Masa ni, Sk duduk tunggu kat kerusi dah. Jadinya, ada staf RELA ni tanya Pak Inche, mana ahli keluarga? Rupanya, bila dah ada di garisan ni, barulah keluarga kita akan diberikan meja. Jadi, taklah macam sebelum-sebelum ni, tebal muka tunggu tepi meja orang tengah makan. Kalau yang tengah makan tu buat leha leha, kemahen la geram, hahahaha. Jadi, Sk suruhlah PI duduk di meja, Sk yang pergi order dan ambil makanan, duitnya jangan lupa pakkkk 😝
Adoi, apasal gambar ni boleh masuk mengiring pulak, hahahaha.
Menu semua terpampang kemahen besar di depan tu ya. Yang berbaris di kaunter untuk MAKAN SAHAJA, nak tapao di situ pun boleh sekali arung. Untuk barisan tapao sahaja tu, masa kami datang, pendek aje.. tetiba jadi panjang. Rupanya, tak cukup staf di kaunter, adik tu kena jaga dua kaunter sekali, tapi tetap manis senyumannya melayan pelanggan dengan sabar.
Dulu... Sk memang suka layan kambing tapi sekarang lagi suka makan ayam sebab bila makan dengan ayam yang juicy tu, barulah terasa nasi arab yang sebenar di tekak Sk ni. Masakan kambing kat sini berempah dan dimasak manis macam kambing aqiqah, jadinya tenggelam rasa nasi arab tu. Cuma kecewa dengan kualiti salsanya yang agak kering, kena ada basah-basah la, lebih sedap.
Balik singgah Claytan cuci mato. Ingatkan ada yang menarik tapi tak ado,semua design lama. Oh, berkenan satu set ni macam pinggan lama yang di refurbish la gitu tapi masih nampak asli.
Nasi Arab Kari Kambing 40 Hari tapao untuk Iman. Lepa stu dinner Sk dan PI, lauk-lauk perangat, sudahhh. Lega bila peti sejuk dah kosong sikit kalau tak somput dia nak bernafas.
😝
Teringinnya nak makan, haritu Kak saya kirim dengan kawan beli, walau tapau tetap sedap Kak.. nanti dh okay sikit, nak juga pi sana laaa makan..
ReplyDeletePergi weekdays tak ramai orang Lin, ajak jiran ke, heheh
Deletepernah pergi sekali je..tapi tak kena dengan selera,... kira biasa biasa je. tapi masa tu belum viral macam sekarang ni
ReplyDeleteNmpk menyelerakan sgh.. no wonder org sanggup beratur tu
ReplyDeleteGigih beratur tu ha....kalau SA memang x mampu la nak beratur...syabas betey...berjaya juga makan kat situ kan...
ReplyDeleteBolom pernah sampai sini..
ReplyDeleteTapi saya suka konsep jangan cop meja sebab saya lemah bab ni🤭
Apsal nama kari kambing 40 hari...ada kisah disebalik namanya tu ke
ReplyDeleteAiyooo ramainya umat manusia. Haha tak larat la nak berhimpit gitu. Dulu zaman belajar kat UTHM rajin la singgah sini. Tak payah beratur mcmni
ReplyDeleteKalau pegi jangan pilih hujung minggu.
ReplyDeletekalau kalau pegi pukul 7.30 pagi dah sampai, tak payah beratur
Teringin nak makan kat sini. Kalau dari Segamat nak hantar abah appt Doktor kat HSI ke HSA hanya mampu tengok dari highway je. Situ jarang tak penuh. huhu...
ReplyDeletePernah rasa yang kambing tu..memang manis masakannyaaaaa, saya rasa nak try ayam lah next time....hoho
ReplyDelete