SALAM MAULIDUR RASUL 1443H

 Assalamualaikum...


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1443H/2021 - SELAWAT NABI ﷺ:

Allah ﷻ telah berfirman:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ.
إِنَّ اللَّهَ وَمَلٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِىِّ  ۚ يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا (٥٦)

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat 
(memberi segala penghormatan dan kebaikan) 
kepada Nabi (Muhammad ﷺ); 
wahai orang² yang beriman, 
berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."
(Al-Ahzab 33: Ayat 56)

Sambutan Maulidur Rasul adalah sambutan yang diadakan sempena hari kelahiran Rasulullah ﷺ, 
menurut pandangan sebahagian ulama seperti Imam al-Suyuti, 
beliau menyatakan bahawa amalan tersebut adalah baik dan akan diberi pahala serta ganjarannya, kerana bertujuan melahirkan rasa cinta dan sayang kepada junjungan Nabi Muhammad ﷺ.

Berselawat adalah antara amalan yang digalakkan pada sambutan Maulidur Rasul.

Menurut pandangan Syeikhul Islam Sayid Dahlan menyatakan bahawa selawat dan berdiri kerana membesarkan Nabi ﷺ adalah amalan baik lagi mulia.

Sabda Baginda ﷺ yang bermaksud:
"Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali Allah berselawat ke atasnya 10 kali".
(Riwayat: Muslim dan Abu Daud)

Tarikh dan Tema Sambutan Maulidur Rasul 1443H - 2021 Di Malaysia.
Hari Keputeraan Nabi Muhammad ﷺ - Maulidur Rasul.
bagi tahun 2021 jatuh pada 19 Oktober 2021 - Selasa.

Hari tersebut merupakan hari Kelepasan Am Persekutuan (cuti bagi semua negeri di Malaysia).

Maulidur Rasul 2021
Tema: 
"MANHAJ RABBANI UMMAH BERKUALITI"

Kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.

SELAWAT MAULIDUR RASUL:

صلى الله على محمد،
"Selawat Allah ke atas Muhammad".

صلى الله عليه وسلم،
"Selawat salam dipohon lagi".

صلى الله عليه محمد.
"Selawat Allah ke atas Muhammad".

صلى الله عليه وسلم.
"Selawat salam dipohon lagi".

يا نبي سلام عليك
"Wahai Nabi salam atasmu".

يا رسول سلام عليك.
"Wahai Rasul, salam atasmu".

يا حبيب سلام عليك.
"Wahai kekasih, salam atasmu".

صلوات الله عليك.
"Selawat Allah ke atasmu".

اشرف البدر علينا.
"Bulan purnama menyinari kita".

فاختفت منه البدور.
"Hilang segala cahaya".

مثل حسنك ما راينا.
"Indah menawan tidak pernah dilihat".

قط يا وجه السرور.
"Wajah gembira sepanjang hayat".

انت شمس انت بدر.
"Kaulah matahari, kaulah bulan".

انت نور فوق نور.
"Kaulah cahaya mengatasi cahaya".

انت اكسير وغالي.
"Kaulah rahsia hidup mulia".

انت مصباح الصدور.
"Kaulah menyuluhi jiwa".

يا حبيبي يا محمد.
"Wahai kekasihku, 
ya Muhammad".

يا عروس الخافقين.
"Wahai pendamping indah sejagat".

يا مويد يا محمد.
"Wahai Nabi dijulang - dipuja".

يا امام القبلتين.
"Wahai imam dua kiblat".

من رأى وجهك يسعد.
"Bahagialah orang memandang wajahmu".

يا كريم الوالدين.
"Wahai penghulu keturunan mulia".

حوضك الصافى المبرد.
"Kolam airmu sejuk - jernih".

وردنا يوم النشور.
"Kunjungi kami pada hari akhirat".

عالم السر وأخفى.
"Allah mengetahui rahsia - sulit".

مستجيب الدعوات.
"Dialah menyahut semua seruan".

رب ارحمنا جميعا.
"Wahai Tuhan Rahmatilah kami".

بجميع الصالحات.
"Dengan segala amalan soleh".

وصلاة الله على احمد.
"Selawat Allah ke atas Muhammad".

عد تحرير السطور.
'Sebanyak baris kertas ditulis".

احمد الهادي محمد.
"Ahmad - Muhammad petunjuk jalan".

صاحب الوجه المنير.
"Empunya wajah berseri menawan".

Wallahu a'lam.





Post a Comment

2 Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih