MAKAN CELUP TEPUNG DI PANTAI MANIS, TANJUNG SEDILI

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum...


DAH lama teringin nak makan ICT (Ikan Celup Tepung) yang menjadi tarikan di Tanjung Sedili, Kota Tinggi. Cuma sentiasa tidak berkesempatan. Sabtu lepas, Iman dapat balik awal, Sk pun ajaklah ke sini. Mula tu dia kata, jalan kat mall aje. Eh, asyik-asyik mall jer kan, boring laaa 😜


Terdapat beberapa tempat juga untuk menikmati ICT di Tanjung Sedili dan Sk memilih Pantai Manis. Semanis namanya, memang sweet sangat tempat ni tau untuk mencipta kenangan manis.


Cuma udang dan ikan siakap aje yang ada stok di gerai yang kami singgah ni. Satu lagi gerai, ada stok sotong, udang dan ikan tapi awal-awal dia dah cakap, ambil masa yang lama sebab ada 6 grup pelanggan yang perlu disiapkan tempahannya. Tak apolah, kita makan udang celup tepung aje pun okey. Udang kat sini, dia kira seekor RM5, besar jugaklah udangnya, siap buang kulit bahagian tengah.


Boleh celup dengan sos cili Thai. Udangnya segar dan gorengannya rangup. Syok betul makan sambil ditiup bayu laut, sayangnya air baru nak pasang.


Kami ambil juga seekor siakap. Siakap ni boleh celup tepung juga, harganya RM20 seekor, tapi kalau nak masak tiga rasa atau masam manis, jadi RM25. 


Kami pesan dua pinggan nasi goreng kampung. Sos tiga rasa tu sedap cuma tao ada rasa pedas dan banyak nenas. Tapi, Sk suka jer banyak nenas, hehe. Nasi goreng sedap, ada potongan ayam goreng jugak. Huisssh, nasib kami ni makan ayam, hehe.


Muka budak yang nak pergi mall bila dapat makanan. Ayu tu apa???


Dua beranak ni kadang perangai macam adik-beradik, ada jer yang digaduh dan direbutkan. Lepas tu merajuk. 

Cara ke sini, kalau dari lebuhraya Desaru, ambil jalan terus menuju ke Sedili, ada papan tanda besar. Kalau dari bandar Kota Tinggi, ikut Kampung Mawai. Nak senang guna waze, Pantai Manis, Tanjung Sedili, mesti tak sesat punya. 

Waktu operasi : 11 pagi hingga maghrib
(Info dari staf)

😍


Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kak seri, tempat ni buka pukul berapa? nak masuk list

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buka pukul 11 pagi sampai maghrib, katanya. Nanti akak edit

      Delete
  2. Kelakar tgk reaksi muka Iman tu hehe...tak sabar3 nk mkn kut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia memang suka buat ganas bila kita nak ambik gambar, kak, hehehe

      Delete
  3. Haaa.. tak jauh jugak dari Pengerang, cuma pantai sedili ni menghala ke Mersing.

    ReplyDelete
  4. Seronoknya makan kat tepi pantai macam ni...teringin nak makan macam ni yang kat Trengganu tu..tapi Johor paling dekat kot kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah, Tganu jauh sgt, SA. Eh, kat PD tak ada ya tempat macam ni?

      Delete
  5. Pernah sampai kat sini
    memang cantik pemandangannya

    ReplyDelete
  6. Wah..menarik tempat ni..
    Teringat lagu Syarifah Mona.."Joget Seri Johor" wordingnya..
    🎼🎶🎵
    Kuala Sedili kampung nelayan,
    Tua muda rajin bekerja,
    Mana hati tidak tertawan,
    Di sana baik budinya jua..🎵🎶

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!