Assalamualaikum...
BERMULA Oktober ini, jadual bekerja di pejabat mula berubah di mana kami bergilir masuk ke pejabat, tiga hari seminggu. Waktu bekerja juga berubah. Kalau dahulu masuk jam 9 pagi, pulang jam 1 tengahari tapi kali ini kena masuk jam 8 pagi. Namun begitu, waktu pulang masih dikekalkan jam 1 tengahari. Ini bagi bahagian pentadbiran dan penyelaras kemahiran sahaja. Syukur masih ada peluang untuk bekerja dan majikan yang begitu mengambil berat kebajikan pekerjanya.
Memandangkan semalam merupakan hari pelajar dipanggil pulang ke kolej untuk menyelesaikan tugasan amali sebelum lawatan verifikasi dalam dua bulan lagi, minggu ini, cuma satu hari sahaja Sk bekerja dari rumah iaitu hari ini. Kebanyakan kerja-kerja yang melibatkan penggunaan softcopy telah dipindahkan ke komputer pejabat. Malah, semua fail hardcopy juga tiada di rumah. Hurmmm.. macam mana nak bekerja dari rumah ni?? Jadi, kita kerjakan rumah sajalah 😆
Ingat tak hari tu, Sk cerita beli siakap dua ekor. Seekor dah dikukus stail Hong Kong. Ada lagi seekor, hari ni Sk masak Stim Nyonya atas permintaan Iman. Sos nyonya guna pes ready made beli dari restoran nyonya yang jual kuih-muih tu, entah apa namanya, lupalah pulak 😂 Terubatlah sikit perasaan tak dapat makan ikan masa dine in di Grand Seafood Senibong.
Sayurnya tentulah Baby Kailan Goreng Oyster. Kalau dah namanya berehat bekerja dari rumah, memang Sk tak keluar selain ada hal penting. Jadi, suruh Pak Inche jer singgah kedai masa balik kerja, belikan bay kailan sebungkus dan daun ketumbar.
Ingatkan nak masak Sotong Paprik jugak, tapi macam M nya besarrrr sangat.
😜
Sedap!
ReplyDeleteCukup dah tu lauknya tu SK... Menambah M pula haha :D
menyelerakan
ReplyDeleteAmboiii... Sedapnya siakap... Ni kalau dekat dah pergi rumah Kak SK ni.. Hehe..
ReplyDeleteNampak sedap sungguh.Antara menu saya tak pandai masak ialah ikan stim...
ReplyDeletenampak menyelerakan
ReplyDeleteNampak sedap plak..lama x makan ikan kukus...kena buat la nanti ni
ReplyDeleteWah! Bolehlah meratah siakap dari kepala hingga ke ekor!
ReplyDeleteMenggoda sungguh ikan siakap stim ni. pernah makan stim lemon tu je. Stim nyonya macam ni tak pernah lagi.
ReplyDelete