SARAPAN LONTONG HUTAN BANDAR

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum...

IMAN kata, hari ni nak bonda hantar sebab dah dua hari dia sampai pejabat lambat. Babah pagi-pagi sebelum keluar, akan main dengan kucing dulu. Tu takpa, babah suka ikut jalan depan (jalan biasa). Dahlah jalan tu kereta banyak dan banyak traffic light. Jadi, pagi ni, dia keluar ikut Sk. Disebabkan masih awal sangat lagi, jadi, Sk ajak dia sarapan dulu di Hutan Bandar. Tanya dia, nak makan Mee Kolok atau Lontong, dijawab nak lontong. Lepas tu nampak gerai Mee Kolok buka dan tak ada orang duduk makan, eh.. nak Mee Kolok pulak... tapi.... (nanti Sk cerita)


Rezeki pagi ni, Lontong. 
Untuk Iman, lontong biasa dan untuk maknya, ada lauk Paru Sambal. Sedap.. tapi tak boleh lawan sedap Lontong Warung Sebelah Rumah MB. Dah dalam kereta, Iman kata, lontong tu tawar walaupun dah digaul dengan sambal tumis dan sambal kacang. Oh, mungkinlah sebab lontong Sk ada sambal paru, jadi taklah terasa tawar.. rasa sedap aje..

Syukur Alhamdulillah..





Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kita kalau Hutan Bandar ni, paling suka makan Bakso dia je Kak, sedap beno rasa tekak kita..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya lontong...Dah lama tak masak & tak pekena lontong...Dak Omey tu sejak dah intern ni nampak makin manis...jangan2 ada taman🥰

    ReplyDelete
  3. Alamak tawar memang potong selera.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!