Assalamualaikum...
KHAMIS kembali.. masuk hari ini, dah dua Khamis, Sk bekerja di pejabat atau Work In Office (WIO). Dan nampaknya, begitulah seterusnya untuk hari-hari akan datang. Pagi ni, seperti biasa, secara maya, berlangsungnya Program Membudayakan Al-Quran. Perut pun sudah dialas, kopi pun dah habis secawan.
Semalam, Pak Inche kata, masak Kari Daging, bila Sk bertanya tentang lauk untuk makan malam. Sehari dua ni, tak boleh minta sambal-sambal, sebab Cili Giling dah habis stok. Tunggu esok la, baru Sk giling cili baru (baca - kisar). Macam biasa, rempah kari pilihan Sk setiap kali nak masak kari, ialah rempah cap o. Setiap kali balik Kuala Ketil, Sk akan beli rempah ni di Pasaraya Mutiara. Selain beli untuk diri sendiri, Sk akan beli juga untuk ibu.
Kalau nak tengok cara Sk memasak kari daging ni, bolehlah tengok di
IG Reels Seri Kandi Tanah Jauhar
Yang kelakor, dah masuk bawang, baru teringat, lupa nak sediakan rempah empat sekawan.
Tak ada rempah empat sekawan, tak umph la kari kita, kannnn.. hihi.
Umpamanya, masak kari ikan, ada ikan goreng. Masak kari ayam, ada ayam goreng. Begitulah halnya bila masak Kari Daging, wajiblah ada Daging Goreng Kicap. Cara sediakannya sangat mudah, cuma perap daging yang dihiris nipis dengan kicap manis secukupnya. Lepas tu, goreng dengan sedikit minyak hingga daging empuk. Kicap pilihan Sk semestinya Cap Kipas Udang. Dah cuba tukar kicap lain, tak menepati selera. Kalau ikutkan, nak lagi sedap, masukkan potongan bawang besar semasa menggoreng, tapi bila tengok bawang bersusun tepi pinggan, dah.. tak payah nak membazir 😝
Kicap Cap Kipas Udang memang cukup rasa. Kalau saya masak tak payah dah bubuh perasa lain. Ikan sepat yang dah kering tu bubuh jew atas nasi yang belum kering. Kena wap lembutlah dia...sedapnya cecah dengan sambal belacan!
ReplyDeletesedapnya juadah...AD pon da masuk office sejak isnin lepas
ReplyDeleteikan peneman dua hidangan daging :)
ReplyDeleteIkan sepat tu..awwwww. Nikmat.
ReplyDeleteSemalam kan...mak kita masak goreng kicap daging...sedap gak...
ReplyDeletesemua menu sedap . alhamdulillah rezeki . nampak comel pulak bekas tapau tu
ReplyDelete