MAKAN DI ADAM'S KITCHEN

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...


DINE IN di restoran ala kopitiam favourite kami sekeluarga, Adam's Kitchen. Sebabnya, ada orang tu duduk rumah tapi malas nak keluar beli nasi untuk makan tengahari. Jadinya, dia terjumpa seketul steak dalam peti ajaib dan dimasaknya. Sudahnya, lapar nasi. 
Disclaimer : Orang itu bukan saya 😆


Bila cari balik post lama, rasanya kali terakhir datang ke Adam's Kitchen ni setahun yang lepas. Macam tak logik aje pulak sebab rasanya cuma sejak pkp diperketatkan pada 1 Jun 2021 tu la mula tak makan di kedai, hihi. Jadi, tentulahhhh rindu. Suasana di sini tetap tak berubah. Bangku masih sama, meja masih sama, kipas dan lampu pun masih sama. Meja kaunter pun masih serupa.


Yang penting, servisnya masih pantas. Stafnya tetap ramah dan murah dengan senyuman walaupun terkejar ke meja sana.. terkejar ke meja sini. Kalau ke sini, secangkir kopi panas, tentunya untuk Sk.


Baby Kailan Oyster la.. apa lagi. Lepas tu baru perasan order lauk jer, tak order nasi, hihi. Kami ni jenis makan course by course. Satu lauk sampai, ngap...satu lauk sampai, ngapp.. ala.. kalau makan di Chinese R kan macam tu.. Kecuali kalau semua lauk sampai serentak macam kat kedai tomyam yang terus hantar satu dulang, siappp!


Udang Sambal.. sedappp! Saiz meja kat Adam's Kitchen ni, kan sebenarnya tak sesuai untuk pesan makanan berlauk sebab saiz pinggannya besar-besar. Jadi, cepat-cepat bahagi tiga sayur tadi untuk sediakan ruangan lauk seterusnya.


Salted Egg Chicken yang sangat sedap sosnya tu. Ayam dihiris nipis, dicelup tepung dan digoreng garing.. krup krap krup krap. Dah remaja purba agaknya, sakit jugak la pipi yang lembut ni kan, hahaha.. tapi sos telur masin tu betul-betul menepati selera kami.


Daging Masak Halia. Iman kata, ni nenek pun boleh kunyah. Saaaaangat lembut dagingnya tu dan masakannya juga sedap. Nampak tak, atas meja tu cum muat dua pinggan lauk sahaja, serentak 😂


Durian Roll.. rangup di luar, cair di dalam. Hati-hati, tunggu sejuk dulu baru makan kalau tak nak lidah melocot, hehehehe.

Adam's Kitchen
TD point. No.1, Blok F, Pusat Perniagaan, Taman Daya, 81100, Johor

Buka setiap hari 11 pagi hingga 10 malam kecuali Selasa tutup

Telefon 010 880 0156




















Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. SK...komen kat atas ni x leh delete eh...sebab dia paste link ke website lucah...

    ReplyDelete
  2. Dah lama x makan kat chinese halal restaurant..pernah makan kat Adams Kitchen ni tp yg cawangan KL laaa

    ReplyDelete
  3. Mak aiii... apa rasanya durian roll tu. Mesti sedap tu SK.

    ReplyDelete
  4. Udang sambal, salted egg chicken sedapnya. Tambah lagi ada Baby Kailan Oyster tu. Krup krap krup krap rangup dia. Durian roll tu macam rare. Tak pernah nampak lagi.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!