MAKAN SATE DI BATU PAHAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

Assalamualaikum... 

NAMPAKNYA banyak juga hajat yang tak terlaksana dalam percutian sehari ke Melaka. Pertama, tak dapat makan Asam Pedas Hajah Mona. Kedua, Pak Inche nak makan santai di Muar, tapi restoran yang dituju tutup, mungkin dibuka pada sebelah malam sahaja. Jadinya, dari Muar, kami meneruskan perjalanan jjcm ke Batu Pahat. Sk pun carilah dalam fb, tempat makan menarik di BP, jumpalah satu tempat ni, tapi masa sampai tu, baru jer tutup kedai, hurmmm. PI kata, meh la kita cari sate usus di medan sate BP sebelah Jeng Kuan.


Sekian lama mengidam, akhirnya dapat juga sate usus. Cikwa nak sate babat, Iman nak sate kambing. Sk? Apa pun boleh. Kami pesan sate daging 20 cucuk je. Sate di BP ni masih dicucuk pada lidi kelapa. Jadinya, bila kita nak celup kuah tu senang sebab lidinya boleh dilentur.


Malam tu, makan roti canai di taman belakang rumah aje. Mula ingatkan kedai mamak baru rupanya kedai melayu. Senang la lepas ni dah ada tempat lepak baru.

😜






Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. memang sedap sate perut kat jeng kuan tu

    ReplyDelete
  2. paling suka dpt lidi sate yang lembut tu..puas hati dapat cicah kuah kena semua bahagian...heheheh

    ReplyDelete
  3. Ya Allah...sukanya saya dengan sate usus...sedap...tapi tempat saya ni jarang jumpa(sebab saya jarang keluar cari 🤭🤣)

    ReplyDelete
  4. Nak kena turun Melaka lagilah tu SK :)
    Kita makan juga sate usus (sate perut kami panggil) tapi jarang beli pun sbb yg lain tak makan :(

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!