LAKSA JOHOR TAK CUKUP AKSESORI

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum...

MINGGU lepas, Angah ke Tampin. Sebelum tu, sempat masakkan Laksa Johor. Mula ingatkan nak ambil kuahnya saja. Tapi, balik dari makan di Restoran Kari Kambing 40 Hari tu, terfikir lebih baiklah ambil dengan spaghetti. Ambil sekali Keropok Lekor Terengganu yang Cik Ani beli.


Suruh Cikwa bungkuskan. Lepas tu rupanya, tak cukup aksesori. Timun segulung aje, taugeh sikit, daun-daun hiris tu banyaklah, lobak asin ada dan nasib baik sambal belacan pun ada.  Mujurlah Pak Inche jenis tak makan banyak ulam. Salad-salad pun memang tak ada stok, kalau tak boleh makan stail America, hahahah.


Sudahnya, sebab spaghetti dan kuah ada lagi, makan spaghetti dengan kuah ajelah, letak sambal belacan. Tengok Gulai Udang ada lagi tiga ekor, panaskan, ambil udang dan kacang buncisnya aje. Boleh la boleh untuk orang yang tak cerewet macam Sk ni. Tak suka nak buang-buang makanan, susah cari duit kan dan penat memasak. Kita dah biasa jadi food bank, no hal lah 😆😆😆




Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. alahai sempoi jer main masuk je.. heheh.. janji x membazir dan mengenyangkan kn kak?

    ReplyDelete
  2. Wahhh....laksa johor...
    Ok..esok kita pun nak masak laksa jugakkk..hihihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!