LONTONG NASI LEMAK RUMAH MB

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

Assalamualaikum... 

NAMA makanannya Lontong. Lontong dibeli dari Gerai Nasi Lemak sebelah Rumah MB. Kami panggil gerai ni, Nasi Lemak MB. MB tu Menteri Besar (Johor) 😍. Dapat nama sedemikian kerana lokasinya sebelah kediaman Menteri Besar Johor.


Biasanya, kalau ke sini, Sk akan makan Lontong Kering tapi kali ni, dia punya kecur, kedua-duanya Sk tapau sekali, hihi. Dah lama tak makan punya pasal. Sebabnya di sini selalu penuh dan beratur panjang. Ni pun belum boleh dine in lagi, jadi kita tapau la terlanjur orang belum ramai sebab belum pukul 8.

Sama macam Gerai Sarapan Tepi Masjid, Kuah Lodeh telah dibungkus siap. Bila ada pesanan,  barulah nasi impit akan dibungkus memgikut pesanan pelanggan. Rasa kuah lodehnya berbeza dengan lontong tepi masjid yang dilebur terus dalam periuk. Di sini kuah lodeh ditumis dan tentulah rasanya berlainan tapi dua-dua pun sedap dan Sk boleh terima.

Setiap pek lontong  mengandungi tiga potongan nasi impit dan setengah keping tauhu goreng. Kemudian ikutlah citarasa pelanggan, nak telur rebus ke, rendang daging atau paru goreng. Terdapat juga pilihan sambal tumis, sambal kacang dan serondeng. Nak letak semua sambal pun boleh jer. Di sini guna lontong daun  iaitu nasi impit berbentuk silinder yang dibungkus dalam daun pisang. Satu silinder tu, dibelah dua, kemudian dipotong selebar ibu jari. Nampak sikit jer tiga potong tapi bila dah makan dengan tauhu goreng dam telur rebus, insyaAllah cukup 😍

Errrr.. ia ke cukup???
😜




Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Peberet akak jugak ni..suka letak sambal ikan bilis

    ReplyDelete
  2. Sedap kan lontong daun.Kalau guna daun pisang kepok pula,lontongnya hijau-hijau skit dengan haruman daun pisang..amboi la amboi sedap

    ReplyDelete
  3. Sedapnya lontong. Ni antara makan feveret Syu jugak ni.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!