ASAM PEDAS DAGING DAN DAGING KICAP LAGI

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum...

MAKAN di luar atau masak?

Sk pilih memasak, semalam. Sebabnya tak larat dah nak bersiap semula untuk keluar makan dan nanti balik pula dah lewat. Jadinya, masak pun tak apo la, walaupun terpaksa menggiling cili (bunyinya, kisar), hehehe. Jadinya lauk malam tadi, Daging Kicap atas permintaan bapak eh dan Asam Pedas Daging atas permintaan anak eh. Daging tu sebelum difrozenkan, Sk dah potong memanjang sejengkal dan lebarnya lebih kurang 2", jadi lepas rendam dalam 1/2 jam dah boleh dihiris.


Asam Pedas Daging, masak banyak sebab tahu, Iman mesti nak buat bawa bekal dan boleh jadi lauk ulangan malam ni. Pandai dak Iman ni, duit makan simpan, lepas tu bawa bekal. Hari tu, bapak dia bagi duit belanja, dia buat beli minyak wangi, lepas tu tiap hari dia minta Sk hantarkan pergi pejabat dan sebelum tu singgah kafe Kak Sab, tapau dan maknya la yang bayar. Duit dah buat beli minyak wangi, kan.


Lauk wajib bila ada masakan daging, Daging Kicap. Cuma daging dan kicap semata, goreng dengan sedikit minyak hingga daging masak. Sup sap sup sap.. siapppp!

😝



Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Hahahaha bijak Imannn..jimat gitu..
    Balik Jb nak masak asam pedas tetel laaa...

    ReplyDelete
  2. bijak menurut mak gayanya ni...hahaha

    ReplyDelete
  3. Dania SA bagi duit belanja sekolah seminggu RM50, Dia pun bijak, bawak bekal..so duit kumpul2..x guna langsung..bila nak keluar dating ngan mama ke apa dia gunakan la duit tu.. buat belanja shopping

    ReplyDelete
  4. Sesekali memasak takpo lah kan. Sedap tu masak asam pedas dan daging masak kicap.

    ReplyDelete
  5. Lama tak makan asam pedas daging, terliurrr pulokkk...Pssst: Iman memang bijakkk...HHAHAHAHA

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!