Assalamualaikum...
SEMALAM, masak setimbun Spaghetti Bolognese sebagai buah tangan ke Senai. Iman kata, dah lama tak jumpa nenek. Memang dah lama, dari semenjak ibu kuarantin di rumah Tini, sehinggalah ibu disahkan positif covid. Sampai neneknya dah negatif pun masih tak jumpa-jumpa lagi. Jadinya, semalam la, dah masuk 22 Oktober, baru Iman dapat jumpa nenek.
Kali ini, Sk masak Sos Bolognese gunakan sos readymade jenama Legos (betul ke eja?) Jap.. google 😜
Tak ingat guna yang biru atau merah, sama ada perkataan 'BOLOGNESE' dalam tulisan warna biru atau 'CHILLI BOLOGNESE' dalam tulisan warna merah tu. Botolnya pun dah buang 😅. Selalunya Sk gunakan jenama
Prego dan baru-baru ni, Sk guna jenama
Barilla. Oh, ejaan sebenarnya Leggo's ya Sk. 🤣. Kalau masak sos bolognese, Sk juga akan campurkan dengan tomato puri. Selalu Sk gunakan jenama duChef, tapi semalam jumpa cap ayam jer. Risau jugak kalau yang keluar dari tin tu, sardin 🤣
Resepi Sos Bolognese
Sedikit minyak zaitun untuk menumis
5 ulas bawang putih dicincang
1 labu bawang besar dipotong dadu
400 gm daging kisar
1 botol sos bolognese jenama Leggo's
1 tin kecil tomato puri Ayam's Brand
Sedikit air
1 kiub pati lembu
Daun parsley dicincang untuk tabur
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih hingga wangi dan keemasan.
2. Masukkan daging kisar, kacau dan masak hingga bertukar warna.
3. Masukkan bawang besar, masak hingga bawang layu.
4. Masukkan sos bolognese dan tomato puri.
5. Masukkan sedikit air dalam botol sos dan tin tomato puri, goncang rata, tuang dalam sos yang sedang dimasak.
6. Masukkan kiub pati lembu, renihkan.
Hidangkan bersama spaghetti yang telah direbus sempurna. Taburkan daun parsley cincang semasa menghidang.
Sk guna linguine, malas nak edit tajuk 😜
Pasti sedap 👍😊
ReplyDeleteKenyang sungguh saya pagi ini..... pergi KL dijamu spaghetti olio sardin, ke Johor dijamu lagi dengan speghetti bolognese.
ReplyDeleteSedapnyaaa...lama x makan spaghetti bolognese..kena buat la nampaknya ni
ReplyDeleteSedapnya. .minta,sepinggang...
ReplyDeleteKalauumah akak ni...dok ulang mkn dari pg smp ke mlm la jawabnya
Tudiaaaa...
ReplyDeleteSK kalau masak memang terboik...tak kedekut bahan...👍👍