AYAM MASAK CABAI KEMBALI

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum...

MACAM dah lama aje menu ni tak muncul di dapur. Kalau tak, tiap-tiap minggu, inilah yang diulang-ulang. Mungkin sebab ada banyak hari jugak Sk cuti memasak, almaklumlah, sejak menjak dah boleh dine in ni, kan 😂


Kali ini masak gun cili kisar ready made jenama Puteri, jenama cili kisar yang boleh dipercayai. Disebabkan layan movie dulu, jadi mula memasaknya dah lambat. Nasib baik teringat ada cili kisar Puteri ni. Jadi, tinggal kopek bawang sajo. Halia pulak habis, nasib baik ada lengkuas, hantam sajalahhhh 😆

Ayam Masak Cabai

Beberapa ketul ayam dipotong kecil
4 sudu cili kisar
3 ulas bawang ros atau bawang merah kisar halus
2 ulas bawang putih kisar halus
Sedikit lengkuas, pecahkan
Sebatang serai, ketuk
Minyak masak secukupnya
2 tbs cuka
2 1/2 tbs gula pasir
1 tsp stok pati ayam

Cara-cara :

1. Perap sebentar ayam dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng hingga 3/4 masak.

2. Kurangkan minyak gorengan, tinggalkan secukupnya untuk menumis. Tumis cili kisar dan bawang.

3. Masukkan juga lengkuas dan serai, kacau lagi hingga pecah minyak beberapa kali.

4. Masukkan ayam, gaul sebati.

5. Masukkan stok pati ayam, gula dan cuka.

6. Biarkan merenih dan ayam cukup masak, bolehlah dimatikan api.


Macam biasa, kena kawankan dengan Ayam Goreng. Dua ni memang tak boleh dipisahkan. Iman yang dulu kata jemu asyik makan lauk sambal pun dah jadi peminat Ayam Masak Cabai ni nampaknya. Sampai lauk lain yang pernah jadi kegemaran pun, dah tak dipandang nampaknya...


... Bersambung 😜


Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnya ayam masak cabai..Sama lauk kita semalam...hihihi ...kimia

    ReplyDelete
  2. Okey masak kering2 macam ni kita suka...lepas tu suka gak bawak pi opis...

    ReplyDelete
  3. bila masuk ke entri masak-masak ni , dapat idea nak masak menu apa untuk esok

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!