LAUK PERANGAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

Assalamualaikum... 

TIADA lauk baharu yang dimasak semalam, punggah semua lauk dari dalam peti ajaib, hehehehe.


Sup Tulang, tulangnya tinggal seketul.
Asam Pedas Daging semangkuk, pun tak habis jugak, hari ni Iman dah habiskan bawa bekal.
Sambal Goreng Kak Saria kasi minggu lepas, syukur dah habis.
Telur Mata Kicap dua biji.. ni tambah la.. nak sebut lauk baharu ke ni 😆


Dua ketul ayam korea tak habis pasal kepedasan di Myeongdong tuari. Ni Sk masukkan dalam pengukus tenggek sambil masak nasi. Mula PI kata, nak seketul, tapi tak dimakan pun, ada lagi seketul tu ha. Nak bagi Onti, takut sakit perut pulak. Sejak akhir-akhir ni suka sangat Onti makan ayam, sampai kena rebus ayam khas untuk dia sorang seekor 😂. 

Petang ni tak nak masak. Bukan malas tapi  nak melipat kain yang dah tiga bakul 😜. 


Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. betul tu. lipat kain memang memenatkan

    ReplyDelete
  2. SA suruh Dania jer lipat kain..lepas tu bagi upah..hahaha

    ReplyDelete
  3. good luck ye melipat..

    apa salahnye sebut telur tu lauk baru..bukan senang nak pecahkan telur, letak minyak dalam kuali, goreng, letup2 manja, curah kicap. effort tu

    ReplyDelete
  4. wak pun selalu perangat lauk semalam je sbb bila order makanan biasanya big portion.,. huhuhu

    ReplyDelete
  5. Bagusnya SK ni rajin oerangat lauk dan rajin kumpul nasi untuk buat nasi goreng.Bab kumpul nasi saya pun dah follow🤭

    ReplyDelete
  6. Senang perangat mana yang ada bagi habis. Lipat jangan tak lipat kak :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!