GULAI UDANG DENGAN KACANG BUNCIS

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum...


GULAI Udang Sebelango dimasak untuk makan malam, tadi. Harapnya, bolehlah dibuat bekalan untuk Iman makan tengahari esok di pejabat. Anak seorang ni, bukan main lagi berjimat walau diberi duit untuk belanja makan tengahari. Sanggup bawa bekal. Hari tu, bungkus nasi padang, ambil nasi lauk sayur taugeh dengan bergedil seketul, kena RM6 😂 Kelmarin, makan nasi dengan lauk ayam masam manis kena RM10 dekat cafe depan pejabat 😆. Mujurlah tempat Sk ada kantin, belanja makan pagi RM2, tengahari RM5, siap ada ikan atau ayam dengan sayur plus sambal belacan 😅


Balik kerja singgah kedai Haji ASK beli kembong batu dua ekor, RM11. Haihh.. patutlah lauk kat restoran pun mahal. Ikan seekor belum siang pun dah lima ringgit setengah 😂. 


GULAI UDANG DENGAN KACANG BUNCIS

Bahan-bahan :

15 ekor udang saiz sederhana
Sedikit minyak masak untuk menumis
1/2" halia
4 ulas bawang ros
2 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 bungkus kecil rempah kari cap O (makanan laut)
2 cawan air
1 asam keping
Secekak kacang buncis
1/2 cawan santan
Garam dan serbuk perasa

Cara-cara :

1. Tumbuk bawang ros, bawang putih dan halia hingga halus.






2. Panaskan minyak, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan ditumbuk. Tumis hingga wangi. Masukkan bunga cengkih dan biji pelaga serta daun kari. Tumis lagi.







3. Masukkan rempah kari seafood, tambah sedikit air. Tumis hingga terbit minyak. Tambah air sedikit-sedikit setiap kali terbit minyak.


4. Masukkan asam keping.


5. Masukkan udang.


6. Masukkan kacang buncis.


7. Masukkan garam.


8. Masukkan santan.


9. Masukkan serbuk perasa jika suka.


10. Renihkan seketika, siappp!

❤️🧑‍🍳

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. NS punya gulai is masak lemak cili api...orang utara lain kan...gulai tu guna kari kan...biasa gak masak udang dengan kacang buncis ni...sedap...

    ReplyDelete
  2. Allah... sedapnyalah kalau lauk-pauk ni ada di meja makan kita!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!