KEROPOK LEKOR TERENGGANU

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum...

HARI itu singgah ke Cold Storage, terlebih sudah membeli roti. Roti Sandwich enak dimakan begitu sahaja dan Roti Pandam Kelapa. Jadinya, beberapa hari ni, Sk sarapan dalam kereta sahaja sambil memandu ke pejabat. Berbekalkan nescafe panas, untuk tolak roti dalam perut (kata, Mak Cella) Nak cicah-cicah tak boleh, kan 😆

Sejak dah masuk PPN Fasa 4 ni, jalanraya dah mula sesak. Bila kereta bergerak perlahan, mata pun rasa nak terpejam. Ubatnya cafein la, kalau tak tersengguk-sengguk. Bila ada penawar mengantuk, nak bosan pun tak sempat, tahu-tahu dah sampai pejabat dengan perut kenyang.

Bila sarapan awal, sebelum pukul 11 dah lapau nau nau. Merana nak tunggu jam 1 baru makan, terus pergi kantin, tapao. Sarapan cepat, makan tengahari cepat, sebelum sampai rumahhhh.. laparrrrr balik. Terimgat Cik Ani bagi keropok lekor dari Terengganu. Sebab dia balik Terengganu hari tu.


Suka keropok yang kerepot-kerepot macam ni, daripada keropok yang kembung bulat-bulat. Setiap kali makan keropok lekor, Sk akan teringatkan suatu masa dahulu, makan keropok lekor di rumah sepupu, Arwah Kak Hairani di Paka, Terengganu. Masih jelas tergambar keropok lekor yang Sk pegang, dipotong lebar sepanjang setengah ibu jari dan dibelah dua tetapi tidak putus, cicah dalam sos cili yang sungguh sedap. 

Ialah, keropoknyakan panjang-panjang, kenalah potong pendek-pendek. Keropoknya pun tegak-tegak lagi. Jadi, nampak cantik jer bila dipotong. Kalau keropok dah dibungkus dan dibawa pula dalam perjalanan yang panjang, nak potong pun dah bengkok-bengkok 😂. 

Tulah, orang suruh ambil ketika (skemanya) panas-panas, kamu tak nak dan dan tu jugak sampai, tungggguuuuu esok, dah masuk peti ais, mana boleh tegak macam asal.

😜

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kalau ke tengganu tak sah kalau tak cari kepok leko losong

    ReplyDelete
  2. Sedapnya menjamu selera keropok lekor. Keropok lekor macam ni memang sedap lagi. Kurang tepung sikit berbanding yang kembong tu. Cicah dengan sos dia lagilah sedap.

    ReplyDelete
  3. Uish, favorite kopok lekor. Sedap dapat makan panas2 buat minum petang. cicah ngan sos. Aiguu~

    ReplyDelete
  4. Sedapnya keropok lekor..fav SA anak beranak ni

    ReplyDelete
  5. Hahaha..tolak dengan nescafe .Best juga seselali layan sarapan dalam kereta.Saya tak boleh nak buat jalan construction dari keluar rumah sampai ke tempat kerja...hadoii
    Eh,betul la..dulu keropok lekor belah tak putus tu feel kan...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!