Assalamualaikum...
SELAIN Telur Masak Kicap, untuk makan malam, malam tadi, Sk masakkan juga Sotong Sambal Ala Thai untuk Iman. Sebabnya Iman tak makan masakan berkicap kecuali telur mata taruk kicap, hehe. Jadinya, Sk tak pastilah sama ada, boleh ke dia dan Pak Inche makan lauk Telur Masak Kicap tu semata. Jadi, Sk masaklah sotong ni juga.
Guna pes tomyam jer. Panaskan minyak, masukkan 1 1/2 sudu pes tomyam ni, tumis hingga sambal agak sebati, tambah sedikit sahaja air dan juga gula. Kemudian barulah masukkan sotong, gaul dan renih sebentar hingga sotong masak. Taburkan daun ketumbar semasa menghidang.
Iman kata, sedap.. (siapa lagi nak puji). Telur Masak Kicap pun dia layan jugak 😂
Rupanya, dua beranak ni singgah pasar malam. Mungkin ada yang belum tahu, Iman dah memulakan On The Job Training (OJT) di pusat bandar. Jadi, tugas menghantar dan mengambil Iman setiap hari diserahkan kepada Pak Inche kecuali jika PI ada hal, barulah Sk take over 😆
Asalnya PI nak ke farmasi, sekali ternampak pasar malam dah buka di kawasan depan farmasi. Seronoklah PI, dia kan suka sangat pergi pasar malam. Jadi, dia tapau lauk Kari Ayam ni haaa. Bila ada kari ayam, sotong tu Sk masak lima ekor, seekor PI makan, Iman makan seekor, Sk tukang makan kepala sotong jer sebab dok ratah juga leher ayam tu 😅
Jadinya, hari ni Iman berbekal nasi lauk sambal sotong ala Thai ke pejabat. Sk sempat gorengkan telur dadar sebiji buat tambah rasa. Nak tahu, kawan-kawan Iman, tiga orang dari Poli, OJT tempat yang sama, hari-hari pun bawa bekal makan tengahari. Jadi inspirasi la untuk Iman bawa bekal jugak, hihi.
Menarik dan simple je nampak gayanya, boleh try resepi sotong SK ni :)
ReplyDeleteWah, dah intern Iman ye. Macam baru je lagi dia masuk poli... All the best Iman!
esok nak request pak zain masakkan telur kicap la kan...hahahaha....bagus bawak bekal Iman...jimat...
ReplyDeletealhamdulillah. ok sangat tu bawa bekal.
ReplyDeleteSeronok bawa bekal reramai
ReplyDeleteJimattt Iman bawak bekal.. hihii
ReplyDeleteWah,Mak Inche rajin masak bekal.sekarang..Big clap..!
ReplyDeleteDemi anak kan...Semoga anakanda Iman dimudahkan urusan & menyelesaikan OTJ dengan jayanya..In sha Allah
Ratah leher ayam memang syiok... berlemak!
ReplyDeletesedap
ReplyDelete